Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pandang Pertama : Samsung Galaxy S26+ dan Galaxy S26 – Exynos kembali berbisa dengan teknologi 2nm pertama didunia

Pandang Pertama : Samsung Galaxy S26+ dan Galaxy S26 - Exynos kembali berbisa dengan teknologi 2nm pertama didunia 1

Pandang Pertama : Samsung Galaxy S26+ dan Galaxy S26 - Exynos kembali berbisa dengan teknologi 2nm pertama didunia 2

Samsung Galaxy S26 Series baru sahaja dilancarkan di Samsung Unpacked 2026 sebentar tadi yang meletakkan fokus kepada penawaran Galaxy AI yang lebih mudah selain beberapa upgrade yang baharu.

Selain Samsung Galaxy S26 Ultra, penawaran flagship Galaxy S Series juga terdiri daripada dua lagi model iaitu Galaxy S26 dan Samsung Galaxy S26+ yang mana pada tahun ini ditawarkan dengan penggunaan cipset flagship terbaru Exynos 2600.

Sebagai model dengan harga yang lebih berpatutan, Samsung juga telah menambahbaik pelbagai aspek telefon pintar ini dan berikut adalah pandang pertama bagi Galaxy S26 dan Galaxy S26+

Pandang Pertama : Samsung Galaxy S26+ dan Galaxy S26 - Exynos kembali berbisa dengan teknologi 2nm pertama didunia 3

Cip Exynos 2600 

Samsung Galaxy S26 dan Samsung Galaxy S26+ hafie dengan menggunakan cipset flagship keluaran syarikat ini iaitu Exynos 2600 yang merupakan cip 2nm pertama didunia. 

Menariknya, Exynos 2600 menawarkan prestasi yang lebih tinggi berbanding generasi sebelum ini iaitu peningkatan sebanyak 113% pada NPU, 39% pada CPU dan 50% pada GPU (Xlipse 960).

Di atas kertas, cip Exynos 2600 dijangka akan menawarkan prestasi pemprosesan yang hampir setaraf dengan cipset Snapdragon 8 Elite Gen for Galaxy yang digunakan pada Galaxy S26 Ultra.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy S26+ dan Galaxy S26 - Exynos kembali berbisa dengan teknologi 2nm pertama didunia 4

Skrin Paparan Dynamic AMOLED 2X

Samsung Galaxy S26 dan Galaxy S26+ juga tampil dengan paparan Dynamic AMOLED 2x yang dimuatkan pada profil rekaan yang kompak.

Sehubungan itu, Samsung Galaxy S26+ hadir dengan skrin paparan QHD+ berukuran 6.7-inci (516ppi) manakala Samsung Galaxy S26 pula hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 6.3-inci(411ppi) . Kedua-dua skrin ini memiliki kadar segar semula Super Smooth 120Hz dan Vision Booster serta kecerahan maksima sehingga 2,600nits.

Dalam pada itu, Galaxy S26+ dan Galaxy S26 juga dilapisi gelas Corning Gorilla Glass Victus2 yang lebih tahan calar dan jatuhan.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy S26+ dan Galaxy S26 - Exynos kembali berbisa dengan teknologi 2nm pertama didunia 5

Kapasiti RAM setaraf Galaxy S26 Ultra

Walaupun tidak menggunakan cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5, Galaxy S26 dan Galaxy S26+ masih memiliki kapasiti RAM yang sama seperti yang ditawarkan pada Galaxy S26 Ultra iaitu 12GB RAM.

Bercakap mengenai storan dalaman pula, Galaxy S26+ hadir dengan dua pilihan storan dalaman iaitu 256GB dan 512GB manakala Galaxy S26 juga tampil dengan satu lagi storan ‘base’ iaitu 128GB.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy S26+ dan Galaxy S26 - Exynos kembali berbisa dengan teknologi 2nm pertama didunia 6

Galaxy AI – Agentic AI

Samsung Galaxy S26 dan Galaxy S26+ meneruskan legasi Galaxy AI namun lebih dipermudahkan menjadikanya sebagai telefon pintar AI yang paling senang untuk digunakan dan ‘effortless’.

Agentic AI pada Galaxy S26 Series boleh dikatakan telah mengubah bagaimana AI digunakan dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh ciri Now Nudge yang memberikan ‘real-time suggestion’ tentang sesuatu perkara yang perlu dilakukan. Sebagai contoh kenalan anda meminta untuk berkongsi nombor telefon rakan anda, Now Nudge akan secara langsung menawarkan nombor telefon rakan anda yang boleh dikongsikan terus dari aplikasi WhatsApp.

Selain itu, Agentic AI juga telah menambahbaik ciri Now Brief untuk menjadikanya lebih peribadi berdasarkan tabiat penggunaan dan rutin.

Dalam pada itu, Bixby pula kini telah dinaik taraf  untuk berfungsi sebagai agen peranti perbualan (conversational device agent).

Kemaskini ini menjadikan interaksi dengan peranti Galaxy lebih intuitif, kerana pengguna hanya perlu menyatakan keperluan mereka menggunakan bahasa semula jadi. Selain itu, ia turut memperluaskan akses kepada jawapan terkini daripada carian web terbuka

Pandang Pertama : Samsung Galaxy S26+ dan Galaxy S26 - Exynos kembali berbisa dengan teknologi 2nm pertama didunia 7

Dapatkan Samsung Galaxy S26 dan Galaxy S26+ Sekarang!

Bercakap mengenai pilihan warna, Samsung Galaxy S26 dan Galaxy S26+ akan ditawarkan didalam warna Cobalt Violet, Sky Blue, Black dan White manakala warna eksklusif di Samsung Online Store adalah Silver Shadow dan Pinkgold.

Berikut adalah harga Samsung Galaxy S26 dan Galaxy S26+ di Malaysia :

  • Samsung Galaxy S26 256GB – RM 3,999
  • Samsung Galaxy S26 512GB – RM 5,199
  • Samsung Galaxy S26+ 256GB – RM 5,399
  • Samsung Galaxy S26+ 512GB – RM 6,199

Dari 26 Februari hingga 10 Mac 2026, nikmati ganjaran eksklusif bernilai sehingga RM1,200 termasuk storan berganda (RM 800) dan Samsung Rewards Points Booster (RM 400)  serta rebat segera RM700 dengan kad bank terpilih.

Anda juga boleh berjimat sehingga RM4,000 melalui program tukar beli Galaxy Forever, menikmati diskaun 30% untuk aksesori mudah alih terpilih, serta memilih pelan ansuran faedah 0% sehingga 36 bulan dari bank-bank yang mengambil bahagian.

Dapatkan Samsung Galaxy S26 Series di https://www.samsung.com/my/offer/galaxy-s26-series/

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.