ULASAN : Anker Prime Smart Display Charger & Anker Prime Power Bank – Penyelesaian pengecasan pintar di luar dan didalam rumah
Pengenalan
Anker merupakan jenama pengecas mudah alih #1 dunia dan pembangun teknologi pengecasan pantas untuk rumah, kereta dan dalam perjalanan. Antara produk yang ditawarkan oleh Anker adalah termasuk palam dinding, pengecas tanpa wayar, pengecas kereta, powerbank , kabel dan banyak lagi.
Lebih menarik, Anker telah mempelopori penggunaan bahan gallium nitride (GaN) dalam pengecas, sekali gus memulakan revolusi dalam industri.
Sebagai peneraju teknologi pengecasan selama lebih 13 tahun, Anker telah menjual lebih 200 juta produk di 146 negara dan benua, dengan lebih 100 juta pengguna setia di seluruh dunia.
Pada ulasan ini, kita akan menguji dua produk terbaharu syarikat ini didalam siri flagship Anker Prime yang tampil dengan teknologi pengecasan pantas paling maju serta inovasi paling terkini dan canggih.
Menariknya, kedua produk ini boleh dikatakan saling melengkapi antara satu sama lain dimana Anker Prime Smart Display Charger akan memenuhi keperluan pengecasan dirumah manakala Anker Prime Power Bank 20K (220W) pula akan memenuhi keperluan pengecasan anda diluar rumah.
Anker Prime Smart Display Charger
Palam pengecas Anker Prime Smart Display ini tidak sama seperti mana-mana palam pengecas yang anda miliki sebelum ini kerana ianya tampil dengan reka bentuk yang kompak dan berkuasa.
Anker Prime Smart Display Charger ini tampil dengan rekaan yang kompak dimana ianya mempunyai saiz dan dimensi yang sama seperti AirPods Pro 3 dengan berat sekitar 220 gram. Menariknya, Anker Prime Display Charger ini telah diiktiraf sebagai CES 2026 Innovation Awards Honoree atas reka bentuk dan prestasi inovatifnya.
Anker Prime Smart Display Charger ini diilhamkan daripada teknologi aeroangkasa, pengecas ini menampilkan kemasan hitam tahan calar, siluet garis yang elegan, palam boleh lipat, serta paparan pintar. Reka bentuknya yang kompak dibina untuk pemasangan yang kukuh dan stabil pada suis dinding dengan pusat graviti yang disesuaikan.
3 port pengecasan pada satu palam pengecas
Anker Prime Smart Display Charger memiliki tiga port pengecasan USB-C yang membolehkan tiga peranti anda dicaj serentak dan masa yang diambil adalah sama seperti jika anda menggunakan pengecas ‘original’.
Ini bukan hanya menjimatkan masa malah reka bentuk Anker Prime Smart Display Charger ini adalah 70% lebih kecik berbanding tiga pengecas yang berasingan.
Selain itu, palam pengecas pintar Anker ini juga berupaya untuk membekalkan kuasa kepada dua buah komputer riba secara serentak dan ianya turut menawarkan sokongan khas bagi Anker Prime Powerbank yang membolehkan pengecasan pada tahap 150W dengan AI Mode 2.0
Output maksima 160W dengan GaN Prime 2.0
Dengan teknologi GaN Prime 2.0, Anker Prime Smart Display Charger mampu menawarkan output maksima sehingga 160W manakala output pada satu port adalah 140W.
GaNPrime 2.0 pada Anker Prime Smart Display Charger ini menggabungkan lima teknologi termaju:
• PowerIQ 5.0: Membolehkan pengagihan kuasa secara dinamik merentasi pelbagai peranti dengan sokongan protokol pengecasan pantas utama.
• ActiveShield 4.0: Melakukan lebih daripada 10 juta pemeriksaan suhu setiap hari untuk keselamatan yang dipertingkatkan.
• Teknologi GaN: Memberikan prestasi tahap tertinggi dalam reka bentuk yang kompak dan cekap.
• Pengecasan Konsisten: Menyediakan output maksima 140W pada satu port yang stabil tanpa sebarang penurunan kuasa.
• Kecekapan Tenaga Tinggi: Memaksimumkan penukaran kuasa untuk pengecasan yang lebih sejuk dan lebih efisien
AnkerSense View
AnkerSense View menyediakan paparan intuitif dan kawalan sentuhan untuk pengecasan yang lebih mudah selain sokongan lanjut pada aplikasi Anker.
AnkerSense View adalah skrin berputar 360° (automatik) dan ianya memberi anda maklumat pemantauan kuasa secara langsung, paparan suhu, dan penukaran mod pengecasan.
Lebih lanjut, anda juga boleh menyambung Anker Prime Smart Display Charger kepada aplikasi Anker melalui sambungan Bluetooth untuk akses kepada tetapan yang lebih mudah.
Anker Prime Power Bank 20K (220W)
Selain Anker Prime Smart Display Charger, Anker Malaysia turut mengumumkan penawaran Anker Prime Power Bank (20K, 220W) sebagai hub pengecasan terbaik ketika diluar rumah.
Anker Prime Power Bank ini ditawarkan didalam beberapa kapasiti namun model yang kami terima untuk ulasan adalah Anker Prime Power Bank (20K, 220W) yang mana ianya memiliki kapasiti 20,100mAh dengan output mencecah 220W.
Bercakap mengenai reka bentuk, walaupun kelihatan sama seperti powerbank Anker yang lain, Anker Prime Power Bank hadir dengan kerangka yang diperbuat daripada Magnesium-aluminum alloy yang memiliki sifat pelesapan haba 600% lebih baik. Ianya mempunyai berat sekitar 508 gram atau hampir sama seperti dua buah iPhone 17 Pro Max.
Lebih lanjut, Anker Prime Power Bank ini amat sesuai untuk digunakan ketika didalam perjalanan dan telah diiktiraf untuk selamat digunakan didalam penerbangan.
220W Output Maksima dengan teknologi PowerIQ 4.0
Anker Prime Power Bank ini menawarkan output maksima 220W yang membolehkan pengecasan tiga peranti secara serentak dan ianya hadir dengan teknologi PowerIQ 4.0 yang berupaya mengesan peranti yang disambungkan dan melaraskan pengagihan kuasa pada semua port bagi mengoptimumkan kecekapan pengecasan.
Pengecasan semula 100W
Selain itu, Anker Prime Power Bank juga hadir dengan teknologi pengecasan semula paling canggih daripada syarikat ini iaitu dengan input 100W yang membolehkan pengecasan semula ke tahap 50% dilakukan didalam masa 25 minit manakala pengecasan 80% boleh dicapai didalam masa 35 minit sahaja.
Kawalan Penuh Melalui Aplikasi Anker
Pantau status pengecasan masa nyata dengan mudah, laraskan pengagihan kuasa, dan peribadikan screensaver anda sambil melihat tahap bateri, port USB-C, output USB-A, serta input charging base .
Pengecasan Selamat Sepanjang Hari
Anker Prime Power Bank hadir dengan ciri ActiveShield 4.0 yang memantau suhu power bank lebih 10 juta kali sehari bagi memastikan pengecasan yang selamat dan cekap untuk setiap peranti.
AnkerSense
Paparan khas pada Power Bank Anker Prime ini membolehkan anda melihat peratusan pengecasan, suhu bateri, kadar output pengecasan dan input charging base yang dijual secara berasingan.
Penutup
Anker Prime Smart Display Charger membuktikan bahawa teknologi pengecasan Anker kini berada pada tahap yang tinggi dan pengecasan beberapa peranti secara serentak boleh dilakukan pada waktu yang sama seperti di caj secara berasingan.
Selain itu, teknologi seperti GaN Prime 2.0 dan ActiveShield 4.0 juga memastikan bahawa pengecasan bukan hanya pantas malah lebih selamat.
Anker Prime Smart Display Charger kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 489 dan anda boleh mendapatkanya di Anker Flagship Store di Shopee
Sebagai kesimpulan, Anker Prime Powerbank (20K, 220W) tampil sebagai sebuah produk flagship yang benar-benar menyerlah dalam kategori portable charging. Dengan output berkuasa tinggi sehingga 220W, kapasiti 20,100mAh serta paparan pintar yang informatif, ia bukan sekadar membekalkan tenaga, malah menawarkan pengalaman pengecasan yang premium dan efisien.
Direka untuk profesional, content creators serta pengguna yang mempunyai keperluan kuasa tinggi, powerbank ini mampu mengecas pelbagai peranti secara serentak tanpa menjejaskan kelajuan atau tahap keselamatan. Sama ada untuk urusan kerja, perjalanan jauh atau kegunaan harian, ia membuktikan bahawa prestasi tinggi dan mobiliti boleh digabungkan dengan sempurna — sekali gus mengukuhkan reputasi Anker sebagai penanda aras dalam teknologi pengecasan yang pantas, pintar dan boleh dipercayai.
Dapatkan Anker Prime Power Bank di stor flagship rasmi Anker di Shopee pada harga sekitar RM 366.

















