Google Pixel 10a kini rasmi -tiba di Malaysia pada 5 Mac pada harga dari RM 2,299
Google secara rasminya telah memperkenalkan Google Pixel 10a dan telefon pintar ini akan mula ditawarkan di Malaysia bermula 5 Mac 2026.
Direka dengan mengambil kira aspek kelestarian, Pixel 10a menggunakan kandungan bahan kitar semula paling tinggi dalam sejarah siri Pixel A setakat ini, termasuk buat pertama kalinya penggunaan kobalt, tembaga, emas dan tungsten kitar semula. Ia turut menampilkan rangka aluminium kemasan satin dengan 100% bahan kitar semula dan belakang plastik dengan 81% bahan kitar semula. Ianya juga memiliki perlindungan air dan habuk IP68 serta penggunaan kaca paparan Corning Gorilla Glass 7i.
Seterusnya, Pixel 10a hadir dengan Paparan Actua bersaiz 6.3-inci yang 11% lebih cerah berbanding skrin Pixel 9a, cip Google Tensor G4 bersama 8GB RAM dan dua pilihan storan dalaman iaitu 128GB atau 256GB. ia turut hadir dengan Google Gemini, Circle to Search selain ciri pada aplikasi telefon seperti Call Screen dan Hold For Me.
Lebih lanjut, Pixel 10a hadir dengan Android 16 dan akan menawaekan 7 tahun kemaskini OS, kemaskini keselamatan dan Pixel Drop.
Beralih ke kamera, ianya memiliki sensor utama 48MP dan kamera ultra-lebar 13MP. Ia juga menampilkan beberapa alat suntingan foto paling popular seperti Auto Best Take dan Camera Coach.
Dalam pada itu, Google Pixel 10a juga memiliki bateri berkapasiti 5,100mAh dengan pengecasan 30W dan ianya menawarkan sehingga 30 jam jangka hayat bateri bagi penggunaan biasa dan sehingga 120 jam apabila mod Extreme Battery Saver diaktifkan.
Pixel 10a ditawarkan pada harga RM2,299 bermula 5 Mac melalui Google Store serta syarikat telekomunikasi utama. Pra-tempah Pixel 10a dan Pixel Buds 2a di Google Store.
