Samsung Galaxy S26 Series akan dilancarkan secara rasmi pada 25 Februari ini
Samsung secara rasminya telah mengesahkan bahawa Samsung Galaxy S26 Series akan diumumkan pada 25 Februari ini di San Francisco, Amerika Syarikat.
Siri Galaxy S baharu yang bakal tiba ini direka untuk memudahkan interaksi harian, meningkatkan keyakinan dan menjadikan Galaxy AI terasa lebih lancar serta sebati sejak dari hari pertama kali ia berada di tangan anda.
Seperti kita sedia maklum, Galaxy S26 Series dijangka akan terdiri daripada tiga model iaitu Galaxy S26, Galaxy S26+ dan Galaxy S26 Ultra yang amat dinanti-nantikan sejak bermula tahun 2026.
Dari 11 Februari hingga 25 Februari 2026, daftar minat di https://www.samsung.com/my/unpacked/ untuk menerima e-baucar bernilai RM150 bagi pembelian Galaxy Tab terpilih, Galaxy Watch, Galaxy Buds serta peranti Galaxy baharu yang akan diperkenalkan semasa Unpacked 2026.
Anda juga berpeluang memenangi hadiah misteri bernilai sehingga RM68,000 secara keseluruhan. Nantikan teaser, trailer, kemas kini terkini dan akses kepada manfaat eksklusif menjelang Galaxy Unpacked Februari 2026.
Majlis pelancaran Samsung Galaxy Unpacked ini akan bersiaran langsung bermula jam 2 pagi waktu Malaysia (26 Februari 2026) dan kehangatan pelancaran ini boleh disaksikan melalui saluran rasmi seperti Laman rasmi Samsung Malaysia, Newsroom, YouTube, Instagram, Facebook dan LinkedIn


