Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi Mix dijual di pasaran Malaysia pada harga RM3699

mi mix malaysiaXiaomi Mi Mix dijual di pasaran Malaysia pada harga RM3699

Baru-baru ini, Xiaomi telah melancarkan telefon pintar konsep mereka di China yang dipanggil sebagai Mi Mix. Kini ia dikesan di pasaran Malaysia pada laman web Lazada pada harga jualan yang tinggi iaitu RM3,699.

Mi Mix dilengkapi skrin sebesar 6.4 inci tanpa bezel yang mempunyai 91.3 % permukaan skrin pada bahagian hadapan. Tubuh Mi Mix ini diperbuat daripada bahan seramik.

Dari segi spesifikasi, Mi Mix diperkasakan dengan pemproses Snapdragon 821, memori 4GB RAM dan storan sebesar 128 GB. Bateri ia berkapasiti 4,400 mAh dengan sokongan sistem pengecasan pantas QuickCharge 3.0.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang 16-Megapixel dengan kamera depan 5-Megapixel. Ia juga hadir dengan pengimbas jari ultrasonik yang terbina pada skrin.

Mi Mix yang dijual di Lazada ini adalah set import, ini bermaksud ia tidak termasuk di dalam jaminan Mi Malaysia.

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.