Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pandang Pertama : OPPO Pad 5 Matte Display Edition

Pandang Pertama : OPPO Pad 5 Matte Display Edition 1

Pandang Pertama : OPPO Pad 5 Matte Display Edition 2

OPPO Pad 5 Matte Display Edition telah dilancarkan secara rasmi bersama-sama OPPO Reno15 Series dan tablet terbaru daripada syarikat ini yang tampil sebagai tablet dengan ciri Note-Taking berasaskan AI yang paling berkuasa dipasaran.

Dengan rekaan yang premium dan skrin paparan anti-silau, OPPO Pad 5 dilihat mempunyai resepi yang cukup untuk menjadi sebuah tablet yang mampu memenuhi keperluan yang meliputi aspek pembelajaran, kerja pejabat, sudut kreatif dan hiburan.

Berikut adalah pandang pertama OPPO Pad 5 Matte Display Edition yang kini ditawarkan secara rasmi di Malaysia pada harga dari RM 1,699 sahaja.

Pandang Pertama : OPPO Pad 5 Matte Display Edition 3

Paparan Anti-Silau Matte Display

OPPO Pad 5 menjadi tablet pertama syarikat untuk hadir dengan paparan Matte Display yang mana permukaan skrin tablet ini hadir dengan lapisan anti-silau yang sangat jelas untuk dilihat walaupun pada pelbagai keadaan cahaya. Skrin ini juga telah menerima pensijilan TÜV Rheinland Reflection Free dan Intelligent Eye Care 4.0 selepas mencapai pengurangan silau sebanyak 97% selain pengurangan cahaya biru sebanyak 70%.

Selain itu, paparan OPPO Pad 5 ini adalah skrin yang mempunyai resolusi 2.8K dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan maksima mencecah 900nits.

Pandang Pertama : OPPO Pad 5 Matte Display Edition 4

Cipset Dimensity 7300-Ultra

OPPO Pad 5 hadir dengan cip Dimensity 7300-Ultra yang mempunyai keupayaan tinggi dalam menguruskan multitasking, aplikasi berat dan kerja harian. Bersama cipset ini, Pad 5 disertakan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Selain itu, Pad 5 juga hadir dengan sistem operasi terbaru OPPO iaitu ColorOS 16 for Pad dan ianya hadir dengan pelbagai ciri pintar yang berasaskan AI seperti AI Writer dan banyak lagi.

Pandang Pertama : OPPO Pad 5 Matte Display Edition 5

Kemampuan AI Powered Note Taking terbaik dipasaran

OPPO Pad 5 hadir dengan aplikasi Note yang dikuasakan AI dengan kemampuan untuk memudahkan tugas pengambilan nota. Antara ciri AI ditawarkan pada OPPO Pad 5 ini adalah Circle to Note, AI Recording Summary, AI Summary dan Handwriting Formula Calculation.

Pandang Pertama : OPPO Pad 5 Matte Display Edition 6

Bateri 10,050mAh untuk kuasa sepanjang hari

OPPO Pad 5 Matte Display Edition ini hadir dengan bateri berkapasiti 10,050mAh didalam profil peranti yang nipis. Anda akan mempunyai kuasa yang cukup untuk menempuhi satu hari penggunaan tanpa perlu mengecas peranti yang mana anda boleh menikmati sehingga 15 jam tontonan video, 6 jam permainan video grafik tinggi atau sehingga 53 jam pendengaran muzik.

Dalam pada itu, OPPO Pad 5 juga hadir dengan sokongan pengecasan pantas 33W SUPERVOOC.

Pandang Pertama : OPPO Pad 5 Matte Display Edition 7

Seamless Cross-Ecosystem Connectivity

Pindahkan foto, fail dan video dengan mudah antara OPPO Pad, iPhone atau PC untuk perkongsian segera dan penyuntingan tanpa usaha. Ambil swafoto di iPhone anda, muat turun O+ Connect dan kongsi untuk mengeditnya pada OPPO Pad.

Selain itu, anda juga boleh screen mirror telefon pintar anda ke OPPO Pad 5 untuk menguruskan sebarang emel ketika menghadiri mesyuarat atau kelas dalam talian.

Pandang Pertama : OPPO Pad 5 Matte Display Edition 8

Dapatkan OPPO Pad 5 Sekarang!

OPPO Pad 5 Matte Display Edition kini ditawarkan di Malaysia didalam dua pilihan warna iaitu Aurora Pink dan Starlight Black pada harga RM 1,699 bagi versi 8/256GB WIFI dan RM 2,199 bagi versi 8/256GB 5G.

Setiap pembelian OPPO Pad 5 ini juga akan menerima OPPO Smart Keyboard dan OPPO Pencil 2R secara percuma.

Dapatkan OPPO Pad 5 di OPPO Online Store atau OPPO Brand Store berhampiran anda.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.