Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR meraih kedudukan pertama bagi pasaran telefon pintar dan tablet di Malaysia

HONOR meraih kedudukan pertama bagi pasaran telefon pintar dan tablet di Malaysia 1

HONOR meraih kedudukan pertama bagi pasaran telefon pintar dan tablet di Malaysia 2

HONOR dengan bangganya telah mengumumkan bahawa ianya telah meraih kedudukan No. 1 dalam pegangan pasaran keseluruhan telefon pintar di Malaysia buat pertama kali pada suku tahun keempat 2025. Pencapaian ini menandakan perkembangan penting bagi jenama tersebut dalam salah satu pasaran mudah alih paling kompetitif di rantau ini.

Selain itu, HONOR turut menduduki No. 1 dari segi nilai dalam segmen Android, mencerminkan permintaan pengguna yang kukuh terhadap rangkaian produk kelas pertengahan hingga premium.

HONOR mendakwa bahawa  kejayaan ini adalah kerana populariti telefon pinyar boleh lipat Magic V Series serta model perdana terbaharu, HONOR Magic8 Pro, yang habis terjual semasa fasa prapesanan pada November dan Disember.

Melangkaui kepimpinan dalam telefon pintar, HONOR turut merangkul kedudukan No. 1 bagi tablet dari segi pegangan pasaran untuk suku yang sama, mencerminkan penerimaan meluas jenama ini merentasi pelbagai kategori peranti.

HONOR Telefon Pintar ‘Pilihan Nasional’ Baharu Rakyat Malaysia

Dengan mencapai tempat pertama dalam pegangan pasaran telefon pintar, HONOR telah mengukuhkan kedudukannya sebagai pilihan dipercayai dalam kalangan pengguna.

Sebagai sebahagian daripada usaha penglibatan tempatan, HONOR bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melalui inisiatif penghargaan kepada anggota bomba, sambil menonjolkan ketahanan dan kekuatan HONOR X9d 5G, ciri yang selari dengan cabaran yang dihadapi oleh petugas barisan hadapan.

Bagi memperkukuhkan lagi jenama, HONOR turut bekerjasama dengan MyDigital ID, sekali gus menjadi jenama telefon pintar pertama yang memasang siap platform pengesahan identiti digital kebangsaan Malaysia pada perantinya. Integrasi ini membolehkan akses digital yang selamat dan mudah untuk pengguna, serta menyokong agenda pendigitalan negara yang lebih luas.

Seiring dengan ketersediaan yang kukuh merentasi saluran penjualan dalam talian dan secara langsung, inisiatif ini menyumbang secara langsung kepada kepimpinan HONOR dari segi penghantaran unit telefon pintar, meletakkan jenama ini bukan sekadar sebagai pilihan teknologi, tetapi sebagai sebahagian daripada kehidupan seharian rakyat Malaysia.

Dominasi Premium Siri Magic: Mendorong HONOR ke No. 1 dari Segi Nilai

Kenaikan HONOR ke kedudukan terulung adalah hasil langsung daripada penguasaannya dalam segmen pertengahan hingga premium, khususnya melalui Siri Magic. HONOR Magic V5 mentakrifkan semula jangkaan dalam kategori telefon boleh lipat dengan reka bentuk ultra-nipis, tanpa menjejaskan ketahanan perkakasan atau prestasi perisian.

Dengan mengekalkan titik harga seperti model terdahulu sambil memperkenalkan bateri lebih besar, multitugas berkuasakan kecerdasan buatan (AI) yang dipertingkat, dan rangka yang lebih tahan lasak, HONOR Magic V5 menawarkan nilai yang tiada tandingan kepada golongan profesional yang mencari inovasi dan praktikaliti.

Sementara itu, HONOR Magic8 Pro menawarkan kelebihan lima perkara yang berkuasa, menggabungkan kamera canggih, hayat bateri yang tahan lama, prestasi rangkaian yang stabil, kualiti paparan yang unggul, serta kos penyelenggaraan lebih rendah.

Kebolehpercayaan ini dibuktikan melalui pemilihannya sebagai Peralatan Fotografi Mudah Alih Terpilih Sempena Tahun Melawat Malaysia 2026, menjadikannya lebih daripada sekadar telefon pintar; ia adalah alat fotografi yang membolehkan pengguna merakam warisan Malaysia dengan ketajaman bertaraf profesional dalam apa jua persekitaran.

Memandang ke hadapan, HONOR terus meneroka format telefon pintar generasi seterusnya, termasuk Robot Phone yang dijadualkan dipamerkan dalam Mobile World Congress (MWC) 2026 akan datang. Ini menggariskan komitmen HONOR terhadap inovasi ketika ia terus membentuk masa depan teknologi mudah alih.

Menguasai 30% Pegangan Pasaran Tablet, Dipacu oleh Ekosistem Segenap Senario yang Lancar

Kejayaan HONOR turut melangkaui segmen telefon pintar, dengan jenama ini mencapai kedudukan No. 1 dalam tablet, dengan 30% pegangan pasaran pada suku tahunan keempat 2025. Pencapaian ini dipacu oleh ekosistem segenap senatio, yang membolehkan kesalinghubungan lancar merentasi peranti HONOR, sekali gus membolehkan pengguna beralih dengan mudah antara kerja, pembelajaran dan hiburan.

Melalui HONOR Connect, pengguna boleh memindahkan fail dengan lancar antara tablet dan telefon pintar HONOR, serta dengan iPad dan iPhone. HONOR turut membezakan dirinya melalui nilai “serba lengkap”; tidak seperti pesaing yang menjual aksesori secara berasingan, setiap tablet HONOR kini dijual bersama papan kekunci pintar dan pensel.

HONOR juga menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam pasaran komputer riba, dengan siri MagicBook berada dalam kedudukan tiga teratas dalam segmen komputer riba premium di Malaysia, membuktikan strategi kelas tinggi jenama ini mendapat sambutan pengguna profesional.

Antara penyumbang utama kepada pertumbuhan ini ialah HONOR MagicBook Art 14, yang menampilkan profil ultra-nipis 1cm serta kamera magnetik boleh tanggal yang inovatif untuk meningkatkan privasi pengguna, di samping mengukuhkan keyakinan pengguna terhadap HONOR sebagai peneraju dalam reka bentuk sofistikated dan inovasi fungsional.

Kepimpinan pasaran HONOR adalah hasil inovasi bertaraf industri dalam AI, perkakasan dan ekosistem peranti yang lancar.

Dengan kehadiran berbilang saluran yang kukuh serta kerjasama strategik tempatan yang berterusan, HONOR terus menetapkan penanda aras bagi teknologi premium di Malaysia. Pencapaian jenama ini pada 2025 mengukuhkan asas yang kukuh untuk pertumbuhan dalam telefon pintar kelas tinggi, komputer riba dan ekosistem berbilang peranti.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi HONOR Malaysia di www.honor.com/my/.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.