Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Watch Ultimate Design Royal Gold Edition dan Watch GT 6 Pro HONMA Edition dilancarkan

HUAWEI Watch Ultimate Design Royal Gold Edition dan Watch GT 6 Pro HONMA Edition dilancarkan 1

HUAWEI Watch Ultimate Design Royal Gold Edition dan Watch GT 6 Pro HONMA Edition dilancarkan 2

Sebagai pelengkap kepada kemaskini ekosistem produk flagship Huawei, HUAWEI turut memperkenalkan iterasi terbaru bagi barisan peranti boleh pakai popularnya, iaitu HUAWEI WATCH ULTIMATE DESIGN dan siri HUAWEI WATCH GT 6. Edisi keempat HUAWEI WATCH ULTIMATE DESIGN Royal Gold Edition menggabungkan ketahanan ekstrem dengan pemantauan kesihatan maju serta keupayaan outdoor profesional.

HUAWEI Watch Ultimate Design Royal Gold Edition dan Watch GT 6 Pro HONMA Edition dilancarkan 3

Direka untuk pengguna yang mahu gaya elegan untuk kegunaan harian dan pada masa sama menginginkan prestasi tinggi untuk aktiviti lasak, jam ini turut hadir dengan hadiah eksklusif bernilai sehingga RM2,192, menjadikannya pilihan menarik bagi mereka yang mahukan pengalaman wearable premium.

HUAWEI Watch Ultimate Design Royal Gold Edition ini tampil dengan harga RM 13,999.

HUAWEI Watch Ultimate Design Royal Gold Edition dan Watch GT 6 Pro HONMA Edition dilancarkan 4

Sementara itu, siri HUAWEI WATCH GT 6 tampil dengan rekaan yang diperbaharui, menggabungkan prestasi dengan gaya kontemporari. Ini termasuk HONMA x HUAWEI WATCH GT 6 Pro, kolaborasi istimewa bersama HONMA, jenama golf mewah Jepun yang terkenal dengan ketukangan berkualiti tinggi dan rekaan berprestasi.

HUAWEI Watch GT 6 Pro HONMA Edition akan ditawarkan pada harga RM 1,299 dan anda akan turut menerima 2 bulanan langganan Watch Face dan 3 bulan langganan HUAWEI Health.

HUAWEI Watch Ultimate Design Royal Gold Edition dan Watch GT 6 Pro HONMA Edition dilancarkan 5

HUAWEI WATCH GT 6 41mm juga akan diperkenalkan dengan rekaan tali Milanese baharu, tersedia dalam warna Gold dan Black. Dengan jangka hayat bateri yang lama, penjejakan kesihatan dan kecergasan yang menyeluruh, serta ciri gaya hidup pintar, siri WATCH GT 6 menawarkan peningkatan yang menarik untuk pengguna yang ingin mempertingkat prestasi dan gaya — dilengkapi hadiah eksklusif bernilai sehingga RM89.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.