Samsung Galaxy A26 5G kini lebih berpatutan – hanya RM 1,199
Samsung telah mengumumkan bahawa telefon pintar Samsung Galaxy A26 5G kini boleh dimiliki pada harga yang lebih berpatutan sesuai dengan slogan Mestilah Samsung, baru ada Gaya.
Terus ke spesifikasi, Samsung Galaxy A26 5G hadir dengan skrin paparan Super AMOLED berukuran 6.7-inci dengan resolusi FHD+, kadar segar semula sehingga 120Hz dan kecerahan maksima 1,200nits (HBM). Walaupun ianya mempunyai ukuran yang sama, panel Galaxy A26 ini mempunyai notch dan tidak mempunyai sensor capjari dalam skrin.
Selain itu, Galaxy A26 5G ini juga memiliki gelas keselamatan Victus+ pada bahagian hadapan dan belakang bersama kerangka polikarbonat
Selain itu, Galaxy A26 5G ini hadir dengan pemproses Exynos 1380 bersama 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Ianya juga memiliki slot microSD.
Galaxy A26 5G ini juga hadir dengan One UI 7 yang akan menerima 6 tahun kemaskini Android bersama 6 tahun kemaskini keselamatan berkala.
Seterusnya, Galaxy A26 5G ini hadir dengan sensor utama 50MP f/1.8, sensor ultrawide 8MP f/2.2 dan sensor makro 2MP manakala kamera selfie adalah 13MP.
Dalam pada itu, Galaxy A26 5G juga memiliki bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 25W sahaja.
Akhir sekali, Samsung Galaxy A26 5G akan hadir didalam warna Black, Mint dan Peach Pink pada harga RM 1,199 dengan 1 tahun lanjutan waranti bernilai RM 99. Promosi ini sah sehingga 8 Mac 2026.


