Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

POCO F8 Pro dan Poco F8 Ultra kini rasmi di Malaysia – flagship killer pada harga serendah dari RM 2,199 sahaja

POCO F8 Pro dan Poco F8 Ultra kini rasmi di Malaysia - flagship killer pada harga serendah dari RM 2,199 sahaja 1

POCO F8 Pro dan Poco F8 Ultra kini rasmi di Malaysia - flagship killer pada harga serendah dari RM 2,199 sahaja 2

POCO secara rasminya telah memperkenalkan POCO F8 Series, yang terdiri daripada dua model iaitu POCO F8 Pro dan POCO F8 Ultra dan Malaysia adalah antara negara terawal untuk menerima model baharu ini sejurus selepas pengumuman global.

POCO F8 Series memfokuskan kepada  prestasi maksimum, pengalaman visual yang lebih imersif serta sistem audio premium yang jarang ditawarkan dalam segmen harga ini.

POCO F8 Pro dan Poco F8 Ultra kini rasmi di Malaysia - flagship killer pada harga serendah dari RM 2,199 sahaja 3

Dari segi paparan, kedua-dua model hadir dengan skrin AMOLED yang menyokong kadar segar semula 120Hz. POCO F8 Pro hadir dengan paparan 6.59-inci manakala POCO F8 Ultra tampil dengan skrin lebih besar iaitu bersaiz 6.9-inci.

POCO F8 Pro dan Poco F8 Ultra kini rasmi di Malaysia - flagship killer pada harga serendah dari RM 2,199 sahaja 4

Keupayaan kamera turut menjadi tarikan utama siri ini. POCO F8 Pro sistem tiga kamera yang terdiri daripada sensor utama 50MP Light Fusion 800 dengan OIS, sensor periskop telefoto 50MP dan sensor ultrawide 8MP. Kamera selfie adalah sensor 20MP.

POCO F8 Pro dan Poco F8 Ultra kini rasmi di Malaysia - flagship killer pada harga serendah dari RM 2,199 sahaja 5

POCO F8 Ultra pula hadir dengan sistem kamera 50MP Light Fusion 950 bersama sensor telefoto persikop 50MP (OIS) dan sensor ultrawide 50MP. Kamera selfie adalah 32MP.

Dari aspek prestasi, siri F8 dikuasakan cip generasi baharu Snapdragon 8 Elite dan Snapdragon 8 Elite Gen 5. Model Ultra turut menerima sokongan cip tambahan VisionBoost D8 bagi memastikan paparan dan prestasi keseluruhan lebih cekap serta responsif, terutama ketika menjalankan aplikasi berat atau permainan yang memerlukan grafik tinggi.

POCO F8 Pro dan Poco F8 Ultra kini rasmi di Malaysia - flagship killer pada harga serendah dari RM 2,199 sahaja 6

Salah satu ciri paling unik untuk siri ini ialah sistem audionya. POCO bekerjasama dengan Bose, jenama audio premium yang terkenal dengan kualiti bunyi yang bersih dan seimbang. Melalui kerjasama ini, POCO F8 Pro hadir dengan sistem speaker stereo talaan Bose, manakala F8 Ultra dilengkapi sistem audio 2.1-saluran bersama subwoofer dalaman, memberikan pengalaman bunyi yang lebih dalam dan mantap.

POCO F8 Pro dan Poco F8 Ultra kini rasmi di Malaysia - flagship killer pada harga serendah dari RM 2,199 sahaja 7POCO F8 Pro dan Poco F8 Ultra kini rasmi di Malaysia - flagship killer pada harga serendah dari RM 2,199 sahaja 8

Beralih kepada bateri, POCO F8 Pro hadir dengan bateri 6,210mAh dengan pengecasan pantas 100W serta sokongan reverse charging 22.5W, manakala POCO F8 Ultra pula memiliki bateri 6,500mAh dengan pengecasan berwayar 100W dan pengecasan tanpa wayar 50W.

POCO F8 Pro dan Poco F8 Ultra kini rasmi di Malaysia - flagship killer pada harga serendah dari RM 2,199 sahaja 9

Selain spesifikasi yang mengagumkan, harga jualannya di Malaysia turut menjadi faktor utama yang menjadikan POCO F8 Series sangat kompetitif. Sempena promosi pelancaran sehingga 18 Disember 2025, POCO F8 Pro dijual pada harga serendah RM2,199 untuk model 12GB + 256GB, manakala varian 512GB ditawarkan pada RM2,299. POCO F8 Ultra pula bermula pada RM2,799 untuk model 12GB + 256GB dan RM3,199 untuk varian 16GB + 512GB.

Setiap pembelian POCO F8 Series juga akan menerima REDMI Pad SE 8.7 bernilai RM 499 secara percuma.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.