Samsung kini menawarkan diskaun RM 600 bagi pembelian Galaxy Z Fold7 dan Z Flip7
Samsung telah mengumumkan promosi hebat bagi Galaxy Z Fold7 dan Galaxy Z Flip7 yang akan ditawarkan sehingga 11 Januari 2026.
Promosi menarik sempena krismas ini membolehkan anda menikmati rebat istimewq bernilai RM 600 bagi pembelian Galaxy Z Fold7 atau Galaxy Z Flip7/ Z Flip7 FEy yang bermaksud telefon pintar boleh lipat Samsung ini boleh dimiliki pada harga serendah dari RM 3,399 sahaja.
Berikut adalah harga Galaxy Z Fold7 dan Galaxy Z Flip7 selepas rebat :
- Galaxy Z Fold7 16GB/1TB – RM 9,299
- Galaxy Z Fold7 12/512GB – RM 7,799
- Galaxy Z Fold7 – 12/256GB – RM 7,199
- Galaxy Z Flip7 – 12/512GB – RM 4,999
- Galaxy Z Flip7 – 12/256GB – RM 4,399
- Galaxy Z Flip7 FE – 8/256GB – RM 3,699
- Galaxy Z Flip7 FE – 8/128GB – RM 3,399
Sebagai bonus, pelanggan yang membeli mana-mana Samsung Galaxy Z Fold7 dan/atau Z Flip7 dari sekarang hingga 31 Disember 2025 juga layak membeli Samsung Care+ selama 3 tahun pada harga promosi istimewa hanya RM600 (RRP RM1,499).
Jadi mengapa perlu menunggu? Raikan musim perayaan ini dengan memberi hadiah kepada orang tersayang anda, atau hadiahkan diri anda selepas setahun bekerja keras, dengan hadiah yang benar-benar berbaloi.
Baca : ULASAN : SAMSUNG Galaxy Z Fold7 – Lonjakan Terbesar dalam Sejarah Galaxy Z Fold

