Ciri Quick Share pada Android kini boleh kongsi fail terus ke iPhone
Screenshot
Google secara rasminya telah mengumumkan bahawa pengguna Android dan iPhone kini boleh berkongsi segala jenis fail dengan mudah melalui ciri Quick Share yang boleh berfungsi dengan AirDrop. Pengguna bukan hanya boleh menghantar fail ke iPhone, malah turut boleh menerima fail melalui ciri AirDrop.
Ini bermaksud buat pertama kalinya perkongsian fail merentasi platform Android dan iOS ditawarkan tanpa memerlukan sebarang aplikasi pihak ketiga dan ianya kini telah mula ditawarkan pada Pixel 10 Series.
Selain itu, Google juga berkata bahawa ciri dibangunkan dengan keselamatan sebagai terasnya, melindungi data pengguna dengan perlindungan kukuh yang telah diuji oleh pakar keselamatan bebas.
Selain pada Google Pixel 10 Series, ciri Quick Share kepada iPhone akan mula ditawarkan kepada lebih banyak pengguna Android didalam waktu terdekat.

