HONOR Magic8 Pro akan dilancarkan di Malaysia pada 27 November – percuma Insta360 Ace Pro dengan setiap pra-tempahan
HONOR Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa penantian untuk pelancaran HONOR Magic8 Pro di Malaysia akan berakhir pada 27 November ini.
Selain itu, HONOR Magic8 Pro akan hadir dengan sistem kamera 200MP Ultra Night Telephoto yang direka khas untuk memberikan kejelasan, kestabilan, serta prestasi fotografi malam yang luar biasa.
Menjelang pelancaran rasmi, HONOR turut mendedahkab tawaran istimewa pra-tempah bagi pelanggan terawal Magic8 Pro. Pelanggan yang membuat pra-tempahan Magic8 Pro akan menerima kamera aksi premium Insta360 Ace Pro percuma.
Selain itu, HONOR turut mengumumkan bintang Hong Kong, Nicholas Tse, sebagai Future Tech Officer terbaharu syarikat ini. Nicholas dikenali dengan usaha berterusan membina kerjaya dalam bidang lakonan, penerbitan muzik, keusahawanan makanan, dan peranan aksi berprestasi tinggi.
Akhir sekali, jangan lupa untuk saksikan pelancaran rasmi HONOR Magic8 Pro pada 27 November, jam 3 petang, di laman Facebook serta saluran YouTube rasmi HONOR Malaysia.
Jom Baca : HONOR Magic8 Pro – Ulasan Sensor 200MP Ultra Night Telephoto




