Suunto Vertical 2 kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 2,999
Suunto melancarkan Suunto Vertical 2, jam tangan pengembaraan canggih yang direka untuk ekspedisi paling mencabar dan juga perjalanan harian di antara keduanya.
Jam baharu ini meneruskan kekuatan dipercayai daripada siri Suunto Vertical, model baharu ini menampilkan sensor kadar denyutan jantung optik yang direka semula untuk ketepatan pengukuran berasaskan pergelangan tangan yang lebih tinggi, paparan AMOLED yang lebih besar dan lebih terang untuk kejelasan luar biasa dalam semua keadaan, pemproses yang dinaik taraf bagi operasi yang lebih pantas dan lancar, serta lampu suluh LED terbina dalam untuk keselamatan dan kemudahan apabila cahaya siang mulai malap — sambil mengekalkan jangka hayat bateri luar biasa, alat navigasi lanjutan, dan reka bentuk lasak yang menjadi kepercayaan siri Vertical selama ini.
Pengembaraan, Didefinisikan Semula untuk Peneroka Malaysia
Seiring dengan perkembangan semangat pengembaraan di Malaysia, semakin ramai individu mencari peluang untuk menerokai keindahan alam semula jadi. Suunto Vertical 2 tampil sebagai peranti unggul bagi mereka yang berjiwa peneroka, memperkasa setiap perjalanan dengan ketepatan, ketahanan, dan keyakinan.
Jam tangan ini dilengkapi dengan peta luar talian percuma, GPS berbilang jalur, dan amaran cuaca, menjadikannya sesuai untuk menghadapi keadaan iklim tropika Malaysia yang tidak menentu. Reka bentuknya yang tahan lasak memastikan kebolehpercayaan maksimum dalam cuaca panas, lembap, dan hujan. Sama ada mendaki di hutan hujan Taman Negara, berlatih di tengah kota, atau memulakan ekspedisi antarabangsa, Suunto Vertical 2 memastikan setiap peneroka kekal terhubung dan yakin dalam setiap persekitaran.
Dibina untuk puncak tertinggi, denai terpencil, dan pengembaraan harian, Suunto Vertical 2 yang baharu ini memperkenalkan penambahbaikan besar yang direka untuk meningkatkan prestasi di lapangan. Inovasi ini memperkukuh keunggulan yang telah sinonim dengan siri Vertical, jangka hayat bateri yang luar biasa, alat navigasi canggih, serta reka bentuk tahan lasak yang mampu menempuh cabaran ekstrem.
Suunto Vertical 2 direka untuk peneroka, pengembara, dan pencinta aktiviti luar tegar, memberikan prestasi mantap dalam sukan, kehidupan seharian, mahupun ekspedisi paling mencabar, menjadikannya rakan pengembaraan yang boleh dipercayai di mana sahaja.
Suunto Vertical 2 merupakan generasi baharu teknologi luar terbaik Suunto, menggabungkan ketahanan dan prestasi dalam satu jam tangan. Sensor kadar denyutan jantung optik yang direka semula sepenuhnya membolehkan pengukuran berasaskan pergelangan tangan lebih tepat, menyokong latihan, pemulihan, dan pemantauan kesihatan dalam semua keadaan. Pemproses baharu dan memori yang diperluas menjadikan antaramuka lebih pantas, lancar, dan bersedia untuk kemas kini masa hadapan.
Jangka hayat bateri yang terkemuka dalam industri bagi Vertical 2 membolehkan sehingga 65 jam penjejakan GPS dalam mod dual-band paling tepat, dan sehingga 20 hari penggunaan sebagai jam pintar.
Navigasi Direka untuk Aktiviti Luar — Dibangunkan untuk Peneroka Malaysia
Seiring dengan pesatnya perkembangan budaya aktiviti luar di Malaysia, daripada pendaki hujung minggu yang menawan, penyelam yang meneroka, hingga pelari denai yang menakluk, Suunto Vertical 2 hadir sebagai rakan pengembaraan berkuasa untuk menakluk pelbagai landskap negara ini.
Jam tangan ini dilengkapi dengan peta luar talian terperinci percuma, yang boleh diakses di jam tangan dan dalam aplikasi Suunto, termasuk garisan kontur, laluan, dan ciri muka bumi, menjadikannya ideal untuk menghadapi iklim tropika Malaysia yang tidak menentu, membolehkan peneroka sentiasa berada di laluan yang betul walaupun di kawasan dengan capaian rangkaian terhad. GPS berbilang jalur dan amaran cuaca memastikan ketepatan dan keselamatan, sementara rekabentuk lasak jam tangan menjamin kebolehpercayaan walaupun dalam cuaca panas, lembap, atau hujan lebat.
Selain itu, Ciri Climb Guidance Suunto membantu pengguna bersedia dan menavigasi laluan berbukit atau bergunung, yang sangat sesuai untuk kawasan tinggi di Malaysia, dengan menyediakan profil ketinggian masa nyata, bahagian laluan berwarna, dan notifikasi awal mengenai pendakian dan penurunan.
Ciri-ciri ini direka dengan pemahaman mendalam terhadap keperluan pengguna, daripada ekspedisi ekstrem hingga latihan harian, termasuk Quick Start Navigation, yang membolehkan menukar laluan semasa bergerak tanpa mengganggu penjejakan aktiviti, menjadikan Suunto Vertical 2 rakan pengembaraan pintar dan mudah disesuaikan untuk peneroka Malaysia pada semua tahap.
Paparan Terang dan Reka Bentuk Lasak
Paparan AMOLED 1.5 inci baharu dengan resolusi 466×466 memberikan ketelitian dan keterbacaan luar biasa, walaupun di bawah sinaran matahari yang terik di Malaysia, memastikan peta dan metrik sentiasa jelas dalam apa jua persekitaran. Reka bentuk lasak, tersedia dalam keluli atau titanium, dibina untuk ketahanan optimum dan keselesaan sepanjang hari di lapangan. Tiga butang sisi memastikan operasi mudah dalam semua keadaan cuaca, termasuk ketika memakai sarung tangan.
Sebagai tambahan praktikal untuk aktiviti luar, lampu suluh LED terbina dalam pada bezel menawarkan kecerahan boleh laras, mod cahaya merah untuk penglihatan malam, serta fungsi keselamatan seperti SOS dan mod denyutan jantung, memberikan cahaya ketika diperlukan, sama ada di dalam khemah, di laluan denai, atau semasa kecemasan.
Sokongan Menyeluruh untuk Latihan dan Kehidupan Seharian
Dengan 115 mod sukan, analisis latihan lanjutan, amaran cuaca, data altitud, serta masa matahari terbit dan terbenam, Vertical 2 menyesuaikan diri dengan pelbagai jenis sukan dan persekitaran. Pemantauan kesihatan dan ciri pintar memperluas fungsinya bukan sahaja untuk ekspedisi, tetapi juga untuk penggunaan harian. Integrasi lancar dengan aplikasi Suunto dan lebih 300 perkhidmatan rakan kongsi menambah lagi kemampuan jam tangan ini. Jam tangan ini juga sentiasa diperbaharui melalui kemaskini perisian berkala, dengan ciri-ciri tambahan tersedia melalui Suunto Plus Store.
Suunto Vertical 2 ditawarkan dalam empat varian keluli tahan karat: hitam, hijau pain, kelabu Artik, dan canyon, serta dua varian titanium dalam hitam dan sage. Dengan menggabungkan peningkatan inovatif bersama kekuatan terbukti siri Vertical, Vertical 2 menyokong pengembaraan pada semua skala — daripada pengembaraan impian hingga perjalanan harian peneroka Malaysia.
Diuji oleh Para Pengembara
Setiap produk Suunto diuji dengan teliti oleh atlet dan pengembara dari seluruh dunia untuk memastikan kebolehpercayaan dalam persekitaran paling mencabar. Pada Julai 2025, Suunto menjemput enam pemenang bertuah untuk mengikuti pengembaraan impian di hutan belantara Lapland, Finland. Sepanjang beberapa hari, para peserta menelusuri bukit berbatu, mendayung melalui sungai liar, dan menavigasi di bawah cahaya matahari tengah malam, sambil menguji Suunto Vertical 2 dalam keadaan sebenar.
Harga dan Ketersediaan di Malaysia:
Suunto Vertical 2 serba baharu, direka dengan bahan Keluli Tahan Karat dan Titanium, masing-masing berharga RM 2,999 dan RM 3,499, akan mula dijual mulai 3 November di semua kedai rasmi dan pengedar sah Suunto seperti yang disenaraikan di bawah..
Shopee: https://shopee.com.my/suuntomalaysia
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSy1LxeCU/?page=TikTokShop
Lazada: https://www.lazada.com.my/shop/suunto-malaysia
Suunto Official Store (IOI City Mall, Putrajaya), Solar Time, Y sandal , LM sport , Syscom , I-store etc.
Butiran lanjut mengenai kedai runcit boleh dirujuk di Suunto Malaysia Official Website








