Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Samsung Galaxy Tab S11 Ultra – Tablet Premium Flagship Saiz XL dengan Galaxy AI

ULASAN : Samsung Galaxy Tab S11 Ultra - Tablet Premium Flagship Saiz XL dengan Galaxy AI 1

_cuva

samsung galaxy tab s11 ultra

Pengenalan

Bercakap sahaja mengenai tablet bersaiz besar dengan spesifikasi premium, nama pertama yang akan terlintas

difikiran adalah Samsung yang telah memperkenalkan  model tablet flagship bersaiz besar sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Era Galaxy Tab S Ultra bermula 4 tahun lalu dengan pelancaran Galaxy Tab S8 Ultra dan tahun 2025 telah menyaksikan pelancaran Samsung Galaxy Tab S11 Ultra.

Selain itu, kelebihan memiliki skrin paparan yang bersaiz besar adalah jelas: lebih luas untuk media, melukis dengan S Pen, dan hampir semua perkara lain yang termasuk multitasking dan Samsung DeX.

Berikut adalah ulasan Samsung Galaxy Tab S11 Ultra yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 5,499.

ULASAN : Samsung Galaxy Tab S11 Ultra - Tablet Premium Flagship Saiz XL dengan Galaxy AI 2

Reka Bentuk

Tablet Galaxy Tab S Series mempunyai ‘design language’ yang tersendiri dimana ianya menampilkan rekaan yang nipis dengan jalur antena pada bahagian atas dan bawah panel belakang bersama paparan yang memiliki bezel yang lebih nipis di hadapan.

ULASAN : Samsung Galaxy Tab S11 Ultra - Tablet Premium Flagship Saiz XL dengan Galaxy AI 3

Menariknya, Samsung Galaxy Tab S11 Ultra adalah sebuah tablet yang besar namun ianya generasi baharu ini tampil dengan rekaan yang lebih nipis iaitu hanya 5.1mm dengan berat sekitar 695-692 gram bergantung kepada varian yang anda beli.

Sehubungan dengan itu, Samsung telah menggunakan chasis Enhanced Armor Aluminum yang terbukti lebih tahan lasak seperti apa yang digunakan pada barisan telefon pintar flagship Galaxy S Series dan Galaxy Z Series.

Seterusnya, Galaxy Tab S11 Ultra ini ditawarkan didalam dua warna iaitu Gray dan Silver seperti unit ulasan kami.

ULASAN : Samsung Galaxy Tab S11 Ultra - Tablet Premium Flagship Saiz XL dengan Galaxy AI 4

Dalam pada itu, Samsung Galaxy Tab S11 Ultra hadir dengan aksesori lengkap didalam kotak iaitu S Pen generasi baharu dan papan kekunci yang bermaksud tiada sebarang kos tambahan diperlukan untuk meningkatkan produktiviti anda. S Pen baharu ini memiliki rekaan hexagon yang lebih mirip pensil sebenar dan ianya memberikan cengkaman yang baik ketika dipegang.

Selain itu, Galaxy Tab S11 Ultra ini juga mempunyai penarafan kalis air dan habuk IP68 yang sudah menjadi ciri wajib pada semua telefon pintar atau tablet.

ULASAN : Samsung Galaxy Tab S11 Ultra - Tablet Premium Flagship Saiz XL dengan Galaxy AI 5

Skrin Paparan

Tumpuan utama tablet Samsung Galaxy Tab S11 Ultra sudah pasti adalah skrin paparan Dynamic AMOLED 2x berukuran 14.6-inci yang memiliki resolusi 2960 x 1848 piksel dengan kadar segar semula 120Hz.

Panel 14.6-inci Galaxy Tab S11 Ultra ini juga memiliki lapisan anti silau yang membolehkanya lebih selesa digunakan walaupun pada keadaan cahaya yang bersinar terus pada skrin namun tidak dapat dipastikan samada ianya adalah yang sama seperti pada Galaxy S25 Ultra.

ULASAN : Samsung Galaxy Tab S11 Ultra - Tablet Premium Flagship Saiz XL dengan Galaxy AI 6

Tidak dapat dinafikan, panel Dynamic AMOLED 2x yang digunakan pada tablet ini adalah antara paparan yang terbaik dipasaran khususnya pada tablet Android dan generasi kali ini menampilkan panel yang lebih cerah iaitu mencecah sehingga 1,600nits sekalgius menjadikannya lebih mudah untuk digunakan walaupun dibawah cahaya yang terang.

Lebih lanjut, Kombinasi skrin dan pembesar suara Samsung yang semenangnya sinonim dengan penghasilan audio terbaik membolehkan Galaxy Tab S11 Ultra sebagai tablet hiburan yang terbaik untuk anda.

Secara keseluruhan, skrin paparan Dynamic AMOLED 2x yang digunakan pada Tab S11 Ultra ini adalah antara yang terbaik dipasaran dan lapisan ‘anti-glare’ membolehkan penggunaan tablet ini lebih selesa walaupun terdedah kepada cahaya yang terang.

ULASAN : Samsung Galaxy Tab S11 Ultra - Tablet Premium Flagship Saiz XL dengan Galaxy AI 7

Pemproses

Samsung Galaxy Tab S11 Ultra dikuasakan cip MediaTek Dimensity 9400+ yang merupakan cip 3nm kelas flagship dengan kemampuan hampir seperti yang ditawarkan oleh Snapdragon 8 Elite.

Cipset generasi baharu ini menawarkan prestasi grafik yang menakjubkan, multitasking yang lancar dan kelajuan pemprosesan yang lebih pantas. Berbanding generasi sebelum ini, Galaxy Tab S11 Ultra menawarkan prestasi CPU 24% lebih pantas, 27% peningkatan pretasi GPU dan 33% peningkatan pretasi NPU untuk peningkatan drastik dari segi AI.

Selain itu, bersama cip Dimensity 9400+ ini juga disertakan bersama 12GB RAM dan storan dalaman 256GB/512GB.

ULASAN : Samsung Galaxy Tab S11 Ultra - Tablet Premium Flagship Saiz XL dengan Galaxy AI 8

Beralih kepada perisian yang dimiliki tablet flagship Samsung ini, ianya hadir dengan One UI 8 yang beroperasi pada Android 16. Ianya juga membawakan ciri Galaxy AI yang sepenuhya dan menggunakanya bersama S Pen baharu adalah satu pengalaman yang luar biasa.

ULASAN : Samsung Galaxy Tab S11 Ultra - Tablet Premium Flagship Saiz XL dengan Galaxy AI 9

Galaxy AI pada Galaxy Tab S11 Ultra menawarkan kebolehan multimodal dimana anda boleh menulis atau melakar sesuatu pada aplikasi Samsung Note. Dengan menggunakan Quick Tools yang tersedia, anda boleh menukar jenis pen, warna dan ketebalan.

ULASAN : Samsung Galaxy Tab S11 Ultra - Tablet Premium Flagship Saiz XL dengan Galaxy AI 10

Seterusnya, pada bahagian Quick Tools juga tersedia ciri Drawing Assist dimana anda boleh melakar idea kasar anda dan meminta bantuan Galaxy AI untuk menjana imej yang lebih baik mengikut gaya yang anda mahu.

Selain itu, Writing Assist membantu anda memperbaiki dan mengubah teks didalam masa beberapa saat. Ianya membantu anda menyediakan draf, karang dan semak semula apa-apa tulisan untuk memadankan makna yang anda maksudkan dan mengubah pemikiran ke dalam kandungan yang digilap dan siap digunakan. Pilih gaya dan nada penulisan dengan mudah, bagi menyampaikan mesej anda seperti yang anda mahukan. Kemudian ‘drag & drop’ penulisan pilihan anda ke dalam salah satu daripada aplikasi yang disokong di ruang kerja anda.

ULASAN : Samsung Galaxy Tab S11 Ultra - Tablet Premium Flagship Saiz XL dengan Galaxy AI 11

Untuk mesej dan aplikasi lain, Writing Assist juga menawarkan tiga ciri menarik yang boleh digunakan pada aplikasi permesejan, emel dan banyak lagi.

  • Writing Style – membantu menyempurnakan nada perbualan untuk memastikan komunikasi kedengaran seperti yang diinginkan: seperti sapaan sopan kepada rakan sekerja ataupun frasa pendek yang menarik untuk kapsyen media sosial.
  • Spelling Grammar – Galaxy AI akan menyemak ejaan setiap perkataan yang di taip dan membetulkanya jika anda perubahan.
  • Composer – membolehkan anda menggubal ayat sempurna dengan hanya memberikan beberapa kata kunci. Ianya boleh digunakan pada aplikasi Message, Mail dan media sosial. Anda boleh memilih tona dan gaya teks yang dicadangkan.

ULASAN : Samsung Galaxy Tab S11 Ultra - Tablet Premium Flagship Saiz XL dengan Galaxy AI 12

Anda juga boleh membuat ringkasan penulisan yang panjang kepada ‘bullet points’ atau jadual yang memudahkan pengguna.

 

Ciri Galaxy AI yang seterusnya adalah Note Assist (Samsung Note) yang membantu meningkatkan produktiviti kerja dengan menyusun dan menambah baik nota anda.

Ianya boleh menstruktur semula nota anda dengan melakukan :

  • Autoformat nota dengan pengepala, titik tumpu dan perenggan.
  • Ringkaskan nota
  • Menyalin dan meringkaskan rakaman suara.
  • Auto jana penutup berdasarkan kandungan nota.
  • Ejaan dan tatabahasa yang betul.
  • Terjemah teks dalam nota anda.

Dalam pada itu, Transcript Assist pula berupaya mengubah rakaman audio kepada transkrip teks dan rumusan yang boleh anda gunakan untuk membuat ulasan dan penterjemahan.

ULASAN : Samsung Galaxy Tab S11 Ultra - Tablet Premium Flagship Saiz XL dengan Galaxy AI 13

Seterusnya, Browsing Assist pula adalah ciri dimana Galaxy AI digunakan untuk memberikan anda ringkaskan, menterjemah, baca halaman web yang diringkaskan dengan audio dan memberikan anda sorotan berita terkini. Buat masa ini Browsing Assist hanya disokong pada aplikasi Samsung Internet sahaja.

Selain itu, ciri Interpreter pula membolehkan perbualan diterjemahkan dengan serta-merta menerusi transkripsi teks yang tertera pada paparan skrin supaya orang yang berbual dengan anda boleh saling memahami. Ia juga berfungsi tanpa data selular atau Wi-Fi.

ULASAN : Samsung Galaxy Tab S11 Ultra - Tablet Premium Flagship Saiz XL dengan Galaxy AI 14

Circle to Search

Lebih lanjut, Samsung Galaxy Tab S11 Ultra Series juga hadir dengan ciri Circle to Search yang mana sesuai dengan namanya, anda boleh memulakan carian dengan menekan lama butang utama (& S Pen) , pengguna boleh membulatkan sesuatu yang hendak dicari untuk melihat hasil carian berkualiti tinggi.

ULASAN : Samsung Galaxy Tab S11 Ultra - Tablet Premium Flagship Saiz XL dengan Galaxy AI 15

Audio Eraser

Audio Eraser pada Samsung Galaxy Tab S11 Ultra adalah fungsi Galaxy AI yang membolehkan anda membuang bunyi bising latar belakang yang tidak diingini daripada video. Ia berfungsi menganalisis audio menggunakan AI untuk mengenal pasti pelbagai jenis. Ianya kini turut boleh digunakan pada aplikasi lain seperti Samsung Notes dan Voice Recorder dengan kemas kini One UI 8.

ULASAN : Samsung Galaxy Tab S11 Ultra - Tablet Premium Flagship Saiz XL dengan Galaxy AI 16

Gemini Live

Gemini Live adalah bantuan peribadi daripada Google yang kini seperti teman hidup dan penasihat yang sentiasa bersama anda. Anda hanya perlu menekan butang kuasa, tekan butang suara dan mulakan perbualan dengan Gemini Live.

Selain itu, anda juga boleh memberikan akses kamera kepada Gemini Live untuk bertanya tentang pelbagai soalan hanya dengan menggunakan kamera seperti baju yang sesuai dipakai, resepi dan banyak lagi. perbualan dengan Gemini Live ini adalah sangat semulajadi sehingga kan ianya akan ingat apa sahaja yang pernah anda tanya atau tunjukkan kepadanya.

ULASAN : Samsung Galaxy Tab S11 Ultra - Tablet Premium Flagship Saiz XL dengan Galaxy AI 17

Samsung DeX

Samsung DeX membolehkan anda memanjangkan paparan Galaxy Tab S11 Ultra anda untuk mencipta persekitaran berbilang tugas yang lancar sehingga 4 ruang kerja. Alihkan aplikasi secara bebas dan mudah antara skrin untuk memastikan aliran kerja anda lancar dan cekap. Tingkatkan produktiviti anda dengan pengalaman berbilang skrin sambil anda ‘drag & drop’ tetingkap antara skrin, atau nikmati kandungan yang disimpan pada Galaxy Tab S11 Ultra anda dalam tetapan teater rumah dengan ciri ‘mirroring’ ke monitor anda.

Samsung DeX memudahkan multitasking dengan membolehkan penggunaan beberapa aplikasi secara serentak. Ianya juga menyokong penggunaan bersama tetikus dan papan kekunci. Samsung DeX kini ditawarkan didalam dua mod iaitu Classic dan New.

Akhir sekali, Samsung juga telah mengesahkan bahawa Galaxy Tab S11 Ultra akan menerima 7 tahun kemaskini Android dan keselamatan berkata Google.

ULASAN : Samsung Galaxy Tab S11 Ultra - Tablet Premium Flagship Saiz XL dengan Galaxy AI 15

Audio

Sistem audio pada Samsung Galaxy Tab S11 Ultra boleh dikatakan antara yang paling mantap dalam kategori tablet premium dipasaran. Galaxy Tab S11 Ultra hadir dengan quad speaker (4 pembesar suara) yang dibangunkan bersama AKG yang kini disempurnakan dengan bunyi lebih dalam dan jelas berbanding generasi sebelumnya.

ULASAN : Samsung Galaxy Tab S11 Ultra - Tablet Premium Flagship Saiz XL dengan Galaxy AI 19

Bateri

Samsung Galaxy Tab S11 Ultra hadir dengan bateri berkapasiti 11,600mAh iaitu hampir 400mAh lebih besar berbanding bateri Galaxy Tab S10 Ultra dan generasi baharu ini adalah lebih ringan dan nipis.

Bercakap mengenai pengecasan, Galaxy Tab S11 Ultra hadir dengan pengecasan Super Fast Charging pada kadar 45W yang mengambil masa sekitar 1 jam 40 minit untuk mencapai pengecasan penuh (30 minit pengecasan memberikan kadar pengecasan hampir kepada 40%).

ULASAN : Samsung Galaxy Tab S11 Ultra - Tablet Premium Flagship Saiz XL dengan Galaxy AI 20

Penutup

Samsung Galaxy Tab S11 Ultra boleh dikatakan telah menambahbaik beberapa kekurangan yang ada pada Galaxy Tab S10 Ultra terutamanya  bateri yang lebih besar dan skrin paparan yang lebih cerah.

Jika anda adalah pengguna Galaxy Tab S10 Ultra, beralih ke tablet ini mungkin tidak sesuai namun kepada pengguna Galaxy Tab S9 Ultra dan ke bawah, model ini mungkin sesuatu yang perlu anda miliki kerana ini adalah tablet premium Android terbaik dipasaran.

Selain daripada itu, saiz dan berat tablet ini juga pasti diambil kira oleh pengguna kerana ianya lebih sesuai digunakan dirumah dan bukanya sebagai teman ketika anda didalam perjalanan ke tempat kerja atau didalam kapal terbang.

Samsung Galaxy Tab S11 Ultra kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 5,499 dan anda boleh mendapatkanya di Samsung Online Store atau Samsung Experience Store berdekatan anda.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.