Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR X9d 5G habis terjual sebelum tempoh pre-order tamat pada 9 Oktober ini

HONOR X9d 5G habis terjual sebelum tempoh pre-order tamat pada 9 Oktober ini 1

HONOR X9d 5G habis terjual sebelum tempoh pre-order tamat pada 9 Oktober ini 2

Siri HONOR X9 meneruskan mendominasi segmen telefon pintar kelas pertengahan Malaysia, dengan pelancaran HONOR X9d 5G yang kini habis terjual  sebelum tempoh prapesanan berakhir 9 Oktober ini.

Walaupun peranti ini tidak lagi tersedia untuk prapesanan di saluran standard, ianya masih boleh didapati di Maxis, namun stok adalah terhad.

HONOR X9d 5G habis terjual sebelum tempoh pre-order tamat pada 9 Oktober ini 3

ULASAN : HONOR X9d 5G – Generasi baharu King of Durability yang lebih tahan lasak

Kesemua peningkatan ini memberikan HONOR X9d 5G nilai luar biasa dalam segmen telefon pintar kelas pertengahan. Tambahan pula, HONOR turut memberikan Waranti Perlindungan Kerosakan Cecair 1 Tahun, menjadikan HONOR X9d 5G satu-satunya telefon pintar yang menawarkan perlindungan seumpamanya.

Selain itu, Sambutan luar biasa bagi HONOR X9d 5G juga didorong oleh pakej hadiah percuma prapesanan eksklusif sebuah tablet Pad X7 yang menjadi rebutan ramai.

HONOR X9d 5G habis terjual sebelum tempoh pre-order tamat pada 9 Oktober ini 4

Jam Tangan Pintar PERCUMA dengan Pembelian HONOR X9d 5G Mulai 10 Oktober 

Namun, momentum tersebut tidak berhenti di sini. Menjelang jualan rasmi HONOR X9d 5G di seluruh negara pada 10 Oktober 2025, HONOR memperkenalkan satu lagi tawaran menarik iaitu jam tangan pintar HONOR Watch 2i PERCUMA dengan setiap pembelian peranti tersebut!.Pengguna juga  akan menerima Perlindungan Retak Depan dan Belakang 365 hari, Waranti Lanjutan 1 Tahun dan Waranti Perlindungan Kerosakan Cecair 1 Tahun, semua hadiah percuma ini bernilai RM946.

HONOR X9d 5G habis terjual sebelum tempoh pre-order tamat pada 9 Oktober ini 5

HONOR X9d 5G tersedia dalam 24GB RAM (termasuk 12GB HONOR Turbo RAM) + storan 256GB pada harga RM1,499, manakala storan 512GB berharga RM1,699 didalam dalam empat  warna iaitu Reddish Brown, Forest Green, Sunrise Gold dan Midnight Black.

Bermula 10 Oktober, orang ramai boleh mengunjungi  HONOR Experience Store yang berdekatan atau melalui laman web.

Untuk maklumat lanjut tentang HONOR X9d 5G, sila layari laman web rasmi HONOR Malaysia di www.honor.com/my/.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.