Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR X9d 5G kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 1,499

HONOR X9d 5G kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 1,499 1

HONOR X9d 5G kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 1,499 2

HONOR secara rasminya telah melancarkan generasi baharu X Series iaitu HONOR X9d 5G yang merupakan telefon pintar kelas pertengahan yang tahan lasak.

HONOR X9d 5G kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 1,499 3

HONOR X Series adalah model kelas pertengahan paling laris dipasaran dengan 55% dan telefon pintar X9d 5G tampil untuk mendominasi pasaran ini.

Ketahanan telefon pintar ini adalah kekuatan sebenar X9d 5G dimana ianya tampil dengan penarafan IP69K, lapisan ultra-deep tempered glass dan teknologi penyerapan hentakan seperti jaket kalis peluru.

Terus ke spesifikasi, HONOR X9d 5G hadir dengan skrin paparan HONOR FullView berukuran 6.79-inci. Ianya adalah paparan 1.07 bilion warna dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan maksima mencecah sehingga 6,000nits.

HONOR X9d 5G kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 1,499 4

Dari segi dalaman, HONOR X9d 5G hadir dengan cip Snapdragon 6 Gen 4, 12GB RA,  storan dalaman 256GB,  MagicOS 9.0 yang berasaskan Android 15 dan sistem penyejukan HONOR Ice

Beralih ke kamera, HONOR X9d 5G hadir sensor utama 108MP yang memiliki OIS, sensor ultrawide 5MP dan kamera selfie 16MP. X9d 5G juga membawakan beberapa ciri AI seperti  AI Remove Reflection AI Eraser, AI Upscale, AI Outpainting dan AI Cutout.

Dalam pada itu, HONOR X9d 5G juga hadir dengan bateri berkapasiti 8,300mAh dengan pengecasan pantas 66W dan reverse charging.

HONOR X9d 5G kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 1,499 5

Akhir sekali, HONOR X9d 5G akan ditawarkan didalam 4 pilihan warna iaitu  Reddish Brown, Sunrise Gold, Forest Green dan Midnight Black pada harga RM 1,499 bagi versi 12/256GB dan RM 1,699 bagi versi 12/512GB. Setiap pra-tempahan akan turut menerima HONOR Pad X7 bernilai RM 499 secara percuma.

HONOR X9d 5G kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 1,499 6

Dari segi liputan waranti, HONOR X9d 5G hadir dengan 2 tahun waranti, 1 tahun gantian panel hadapan dan belakang serta 1 tahun waranti bagi kerosakan air.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.