HONOR X9d 5G disahkan tiba di Malaysia tidak lama lagi – lebih tahan lasak
HONOR secara rasminya telah mengesahkan bahawa HONOR X9d 5G adalah telefon pintar misteri yang telah menarik perhatian ramai didalam filem Legasi: Bomba the Movie, dan semasa perarakan Hari Kebangsaan bersama anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, baru-baru ini. Peranti terbaharu Siri X ini diiktiraf sebagai Telefon Pintar Pilihan Utama Malaysia dan bakal memasuki pasaran negara tidak lama lagi.
Sejak diperkenalkan di Malaysia pada 2022, Siri X HONOR mentakrif semula jangkaan pengguna terhadap peranti kelas pertengahan, mengimbangkan prestasi dan gaya tanpa kompromi pada ketahanan.
Ketahanan adalah teras utama dalam siri ini yang menjadikannya antara sebab utama ianya kekal sebagai telefon pintar kelas pertengahan terlaris di Malaysia bagi tiga tahun berturut-turut.
Dalam pada itu, HONOR X9d 5G bakal meningkatkan daya saing produk dengan kerangka yang diperkuatkan dan paparan ultra-kukuh generasi baharu untuk kegunaan harian. HONOR X9d 5G juga menawarkan prestasi yang lebih lancar dan berkuasa serta teknologi bateri bertaraf terbaik di industri.
HONOR X9d 5G dijangka akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.
Untuk perkembangan terkini, kunjungi laman sesawang HONOR Malaysia di www.honor.com/my/ .

