Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pandang Pertama : Samsung Galaxy S25 FE – lebih premium lebih kuasa

Pandang Pertama : Samsung Galaxy S25 FE - lebih premium lebih kuasa 1
Pandang Pertama : Samsung Galaxy S25 FE - lebih premium lebih kuasa 2
Samsung Galaxy S25 FE Malaysia

Samsung Galaxy S25 FE baru sahaja dilancarkan secara rasmi di Galaxy Events sebentar tadi dan telefon pintar ini menjadi model terakhir yang dilancarkan didalam keluarga Galaxy S pada tahun ini.

Walaupun sering dianggap sebagai tidak setaraf ahli Galaxy S Series yang lain, Samsung Galaxy S25 FE mungkin tampil dengan resepi untuk merapatkan lagi jurang perbezaan dikalangan model siri ini.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy S25 FE - lebih premium lebih kuasa 3

Skrin Super AMOLED dengan bezel yang lebih nipis

Samsung Galaxy S25 FE berjaya mengekalkan ‘feel’ seperti sebuah flagship dengan penggunaan skrin paparan Super AMOLED dengan bezel yang nipis.

Selain itu, panel Dynamic AMOLED 2x ini membawakan resolusi FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz (60-120Hz), kecerahan maksima mencecah 1,900nits dan kepadatan piksel 382ppi.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy S25 FE - lebih premium lebih kuasa 4

Rekaan lebih premium dengan lapisan Gorilla Glass Victus+

Setiap generasi Galaxy S25 FE yang dilancarkan adalah lebih premium dari sebelumnya namun model tahun ini pastinya adalah yang paling hampir kepada Galaxy S Series yang lain. Ini dibuktikan dengan penggunaan Armor Aluminium yang menjadikanya nipis iaitu hanya 7.4mm (hampir 8% lebih nipis) dengan berat 190 gram sahaja.

Selain itu, Samsung Galaxy S25 FE juga memiliki lapisan gelas keselamatan Glass Victus+ yang sama seperti pada Galaxy S25 Ultra dan ini menjadikanya sangat tahan calar dan lebih anti retak.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy S25 FE - lebih premium lebih kuasa 5

Cip Exynos 2400 dengan One UI 8 (Android 16)

Samsung sekali lagi mempertaruhkan cipset keluaran mereka yang tersendiri iaitu Exynos 2400 yang telah digunakan pada barisan flagship Galaxy S24 dan Galaxy S24+.

Dalam pada itu, Galaxy S25 FE juga diberikan penghormatan sebagai telefon pintar pertama Galaxy S Series untuk hadir dengan One UI 8 yang berasaskan Android 16.

Seterusnya, Galaxy AI pada Galaxy S25 FE juga membawakan pelbagai ciri AI yang sama seperti pada model Galaxy S25 yang lain yang termasuk ciri Generative Edit, Live Translation, Chat Assist dan banyak lagi.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy S25 FE - lebih premium lebih kuasa 6

Sistem Penyejukan Vapor Chamber

Sama seperti model utama Galaxy S25, Galaxy S25 FE juga hadir dengan vapor chamber untuk meneutralkan haba dan sistem penyejukan ini adalah 13% lebih efisien berbanding Galaxy S24 FE.

Ini sudah pastinya membolehkan cip Exynos 2400 yang digunakan pada Galaxy S25 FE kekal beroperasi pada tahap yang optimum dan stabil.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy S25 FE - lebih premium lebih kuasa 7

Bateri 4900mAh dengan pengecasan 45W Super Fast Charging

Samsung Galaxy S25 FE adalah lebih nipis berbanding generasi sebelum ini namun ianya tampil dengan kapasiti bateri 4,900mAh yang lebih besar berbanding bateri berkapasiti 4,700mAh pada Galaxy S24 FE.

Paling mencuri tumpuan sudah pastinya pada aspek pengecasan dimana Galaxy S25 FE kini hadir dengan sokongan pengecasan 45W Super Fast Charging iaitu peningkatan drastik berbanding pengecasan 25W pada S24 FE. Ini membolehkan Galaxy S25 FE mencapai 65% pengecasan didalam masa 30 minit sahaja.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy S25 FE - lebih premium lebih kuasa 8

Nantikan pelancaran Samsung Galaxy S25 FE di Malaysia

Samsung Galaxy S25 FE akan ditawarkan didalam 4 pilihan warna iaitu Navy, Icyblue, Jetblack dan White pada harga RM 3,099 bagi versi 256GB dan RM 3,699 bagi versi 512GB.

Jualan rasmi akan bermula 19 September 2025, maklumat lanjut di Samsung Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.