Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : vivo V60 – Bateri Solid, Kamera Mantap, Design Padu

ULASAN : vivo V60 – Bateri Solid, Kamera Mantap, Design Padu 1

ULASAN : vivo V60 – Bateri Solid, Kamera Mantap, Design Padu 2

Pengenalan

vivo kembali mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran telefon pintar kelas pertengahan premium dengan pelancaran vivo V60, susulan kejayaan siri V50 sebelum ini yang tampil dengan reka bentuk elegan, sistem kamera berkuasa dan bateri berkapasiti besar, V60 hadir dengan peningkatan yang lebih menyeluruh—terutama dari segi prestasi, fotografi, dan ketahanan.

vivo V60 dikuasakan dengan cipset Snapdragon 7 Gen 4 yang lebih cekap, skrin AMOLED melengkung dengan kecerahan puncak yang lebih tinggi, serta sistem kamera tri-camera ZEISS, peranti ini jelas disasarkan kepada pengguna yang mahukan pengalaman menyeluruh dari segi kerja, hiburan dan fotografi.

Selain itu,  dengan penggunaan bateri 6,500 mAh dan sokongan pengecasan pantas 90W, vivo V60 bukan sahaja tampil bergaya, malah menekankan praktikaliti untuk kegunaan seharian.

Berikut adalah ulasan vivo V60 yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 1,999.

ULASAN : vivo V60 – Bateri Solid, Kamera Mantap, Design Padu 3

Reka Bentuk

vivo V60 menampilkan rekaan yang hampir sama seperti generasi sebelum ini namun ianya dipertingkatkan dengan modul kamera yang sedikit berbeza dimana modul ini menempatkan dua sensor kamera ZEISS 50MP manakala sensor ultrawide 8MP dan flash Aura Light pula diletakkan berasingan pada panel belakang.

ULASAN : vivo V60 – Bateri Solid, Kamera Mantap, Design Padu 4

Seterusnya, vivo V60 ini tampil didalam tiga warna iaitu Dessert Gold, Mist Gray dan Berry Purple yang merupakan warna ‘signature’ bagi generasi kali ini. Agak mengejutkan kami adalah panel belakang yang digunakan pada warna Summer Blue dan Berry Purple adalah gelas manakala warna Mist Gray tampil dengan panel belakang yang diperbuat daripada plastik komposit.

ULASAN : vivo V60 – Bateri Solid, Kamera Mantap, Design Padu 5

Ini juga bermaksud ketebalan dan berat vivo V60 didalam kemasan Mist Gray adalah berbeza iaitu 7.53mm dengan berat 192 gram manakala warna Summer Blue dan Berry Purple pula adalah 7.65mm dengan berat 200 gram.

Seterusnya, vivo V60 juga hadir dengan penarafan kalis air dan habuk IP68 & IP69 yang memberikan perlindungan kalis air yang lebih menyeluruh . Penarafan ini bermaksud vivo V60 akan kekal kalis air pada kedalaman sehingga 1.5 meter untuk tempoh 30 minit dan ianya juga boleh ditembak pada air bertekanan tinggi. Ia juga memiliki ciri One-Tap Water Ejection yang mana ia akan mengaktifkan bunyi frekuensi tinggi selama 30 saat untuk mengeluarkan air atau habuk, memastikan pembesar suara telefon pintar anda bersih dan jelas.

ULASAN : vivo V60 – Bateri Solid, Kamera Mantap, Design Padu 6

Secara keseluruhan, vivo V60 memiliki rekaan yang hampir sama seperti vivo V50 namun dengan kapasiti bateri yang lebih besar, vivo harus dipuji kerana berjaya menyertakan upgrade ini tanpa terlalu meningkatkan ketebalan dan beratnya.

ULASAN : vivo V60 – Bateri Solid, Kamera Mantap, Design Padu 7

Skrin Paparan

vivo V60 hadir dengan skrin paparan Quad Curved berukuran 6.77-inci yang merupakan panel OLED (1.07 bilion warna) dengan kadar segar semula 120Hz, resolusi FHD+ dan kecerahan maksima mencecah 5,000nits.

Selain itu, panel skrin vivo V60 ini juga dilapisi gelas keselamatan Shield Glass yang menawarkan perlindungan jatuhan yang komprehensif dan tahan lasak. Gelas keselamatan ini juga telah menerima penarafan 5 bintang SGS Overall Unit Drop Resistance.

Bercakap mengenai kadar segar semula, anda boleh menetapkan tiga tetapan kadar segar semula iaitu Smart Switch yang berubah mengikut kandungan pada skrin, Standard yang menawarkan kadar 60Hz sepanjang masa dan High yang menetapkan kadar 120Hz untuk operasi yang lebih lancar  dan dinamik.

Seterusnya, panel skrin yang digunakan vivo V60 ini juga menerima SGS low blue light certification dan terdapat juga ciri anti-fatigue brightness yang mana kecerahan skrin akan dilaras mengikut tempoh aktif skrin untuk mengurangkan kelesuan mata.

Dalam pada itu, bezel skrin vivo V60 ini adalah nipis dan ianya simetri pada kesemua sisi yang menambahkan lagi imej premium telefon pintar ini.

ULASAN : vivo V60 – Bateri Solid, Kamera Mantap, Design Padu 8

Pemproses

Vivo V60 dilengkapi dengan Qualcomm Snapdragon 7 Gen 4, dibina menggunakan teknologi fabrikasi 4 nm, yang memastikan keseimbangan hebat antara prestasi dan kecekapan tenaga

cip midrange Qualcomm ini memiliki CPU yang 27% lebih pantas dan GPU yang 30% lebih berkuasa, ia mampu mengendalikan permainan berintesif tinggi dan multitasking dengan mudah. Dengan sokongan sehingga 12GB + 12GB Extended RAM, anda boleh beralih antara lebih daripada 40 aplikasi serta menikmati gaming pada kadar bingkai tinggi dengan lancar.

ULASAN : vivo V60 – Bateri Solid, Kamera Mantap, Design Padu 9

Selain itu, vivo V60 juga dilengkapi sistem penyejukan Ultra Large VC Smart Cooling System yang merupakan solusi termal yang terancang dan efektif. Dengan sistem ini, pengguna dapat menikmati prestasi tinggi dari cipset Snapdragon 7 Gen 4, terutama semasa bermain game berat atau penggunaan aplikasi berat, tanpa risau telefon pintar anda menjadi terlalu panas.

Menariknya, Vivo V60 mampu memastikan suhu peranti berada pada tahap optimum semasa permainan grafik betintensif seperti COD, Mobile Legends, dan Genshin Impact yang mana tiada sebarang masalah “frame drops” yang ketara dikesan.

Seterusnya, vivo V60 juga dikuasakan dengan Funtouch OS 15 yang dilengkapi dengan pelbagai ciri AI dan turut menawarkan jaminan bahawa telefon pintar ini akan berfungsi dengan lancar dan sempurna untuk tempoh 5 tahun. vivo juga telah mengesahkan bahawa vivo V60 akan menerima 4 tahun kemaskini Android dan 5 tahun kemaskini keselamatan Google.

Beralih kepada AI, vivo V60 hadir dengan ciri AI seperti Call and Screen Translation dimana vivo Live Call Translation mampu menawarkan terjemahan kepada 7 bahasa utama yang memudahkan perhubungan merentasi bahasa dan sempadan. AI Screen Translation pula menyokong 132 bahasa, dan boleh diakses pantas melalui sidebar untuk terjemahan serta merta yang meningkatkan kecekapan komunikasi dalam senario seperti pelancongan antarabangsa.

ULASAN : vivo V60 – Bateri Solid, Kamera Mantap, Design Padu 10

Selain itu, vivo V60 juga membawa ciri AI seperti AI Transcript Assist, Circle to Search with Google, Live Text dan Google Gemini.

Seterusnya, Funtouch OS 15 juga telah dipertingkatkan lagi, dengan sumber bahan reka bentuk baharu lseperti wallpaper (statik, mengasyikkan dan video wallpaper), Theme, Icon, Clock Widget , Animasi Pengecaman capjari, Call background dan paparan Always On yang mempamerkan keindahan semula jadi dan dinamik.

ULASAN : vivo V60 – Bateri Solid, Kamera Mantap, Design Padu 11

Kamera

vivo V60  hadir dengan sistem kamera yang lebih baik namun masih dengan kerjasama bersama ZEISS. Ianya membawakan gabungan perkakasan kamera berkuasa, mod kreatif dan sokongan AI.

ULASAN : vivo V60 – Bateri Solid, Kamera Mantap, Design Padu 12

Vivo V60 hadir dengan tetapan tiga kamera yang terdiri daripada sensor utama 50MP ZEISS IMX766 dengan OIS, sensor telefoto periskop 50MP IMX882 dengan OIS dan 3x zoom optikal yang membolehkan rakaman subjek jauh dengan lebih terperinci, dan sehingga 100x zoom digital .

Selain itu, vivo V60 juga memiliki satu sensor ultrawide 8MP dan sensor 50MP ZEISS Group Selfie Camera yang mempunyai 92° FoV.

ULASAN : vivo V60 – Bateri Solid, Kamera Mantap, Design Padu 13

Salah satu kekuatan vivo V60 ialah mod kamera yang diinspirasikan daripada fotografi profesional:

ZEISS Portrait Styles – pilihan bokeh klasik seperti Sonnar 85mm atau Planar 100mm memberikan kesan potret ala kamera DSLR.

Wedding vLog & Micro Movie Mode – rakaman video dengan muzik dan transisi automatik, sangat sesuai untuk konten media sosial atau acara istimewa.

AI Four Season Portraits – menukar latar belakang kepada suasana musim bunga, panas, luruh, atau dingin untuk hasil yang kreatif. (hanya akan tersedia pada bulan Oktober 2025).

Ciri AI Editing – termasuk Object Eraser, Reflection Removal dan Magic Move untuk penyuntingan lebih mudah.

Dalam pada itu, vivo V60 juga hadir dengan ciri AI Eraser 3.0 yang lebih cekap untuk mengesan subjek atau objek yang perlu dipadam dari gambar selain ciri Live Cutout.

Bercakap mengenai video, vivo V50 hadir dengan kemampuan merakam video 4K pada semua sensor kamera.

Secara keseluruhanya, sistem kamera vivo V60 kini bukan hanya mampu meliputi aspek fotografi portrait malah telefon pintar ini kini juga menawarkan sensor telefoto periskop yang sama seperti pada keluarga flagship vivo.

ULASAN : vivo V60 – Bateri Solid, Kamera Mantap, Design Padu 32

Bateri

vivo V60 hadir dengan bateri BlueVolt berkapasiti 6,500mAh dengan pengecasan pantas 90W FlashCharge yang mampu memberikan anda penggunaan yang lebih lama hasil kombinasi kapasiti bateri yang lebih besar dan cipset generasi baharu yang lebih cekap tenaga.

Selain itu, vivo V60 juga dilengkapi ciri Bypass Charging untuk membekalkan kuasa terus kepada papan induk utama yang pastinya berguna bagi pengguna yang aktif bermain permainan video.

ULASAN : vivo V60 – Bateri Solid, Kamera Mantap, Design Padu 33

Penutup

vivo V60 unggul sebagai sebuah pilihan mid-range yang memenuhi cita rasa pengguna Malaysia: gabungan rekaan mewah, fotografi ZIESS berkuasa yang termasuk sensor telefoto dan prestasi harian yang boleh dipercayai. Pada harga permulaan sekitar RM1,999 ia memberikan nilai belian yang menarik pada segmen ini  .

Sekiranya anda mencari telefon pintar dengan kamera versatile dan gaya elegan, tanpa berkompromi dengan prestasi dan ketahanan, vivo V60 adalah model yang layak dipertimbangkan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.