HONOR mulakan roadshow Magic V5 di Johor Baharu – ganjaran RM 114,000 menanti pengujung
Roadshow HONOR Magic V5 kini sedang berlangsung di Mid Valley Southkey, Johor Bahru meriah dengan kunjungan orang ramai yang ingin mencuba telefon pintar foldable terbaru syarikat ini sehingga 31 Ogos ini.
Ia menawarkan diskaun menarik, pengalaman interaktif, serta peluang memenangi hadiah cabutan bertuah lumayan dengan nilai melebihi RM114,000.
Selain itu, para pengunjung juga berpeluang menikmati diskaun sehingga RM600 bagi telefon pintar HONOR yang terbaru seperti HONOR 400 Series, Magic7 Pro, dan X9c. Mereka juga boleh meneroka pilihan tablet yang tersedia seperti HONOR Pad 10 dan Pad X9a.
Selain tawaran hebat, jerayawara ini turut menampilkan pengalaman interaktif di mana pengunjung boleh mencuba sendiri demo produk dan meneroka HONOR Magic V5.
Bawa Pulang Lebih Banyak Ganjaran bersama HONOR!
Pengunjung yang berbelanja sebanyak RM1,000 ke atas dalam satu resit layak menyertai cabutan bertuah dengan hadiah berjumlah sehingga RM114,000. Pemenang tempat pertama hingga ketiga bakal membawa pulang hadiah HONOR Pad 10, HONOR CHOICE Robot Cleaner R2 dan bagasi HONOR. Pelbagai hadiah sagu hati turut menanti para pengunjung.
Tukar Beli Peranti Lama dan Dapatkan Rebat Segera RM400
Setiap pembelian HONOR Magic V5 hadir bersama pakej hadiah percuma bernilai RM2,697, yang termasuk HONOR CHOICE Earbuds Clip, Perlindungan 1 tahun Worry-Free Crack Protection dan 2 tahun Worry-Free Quality Assurance. Bagi mereka yang ingin menaik taraf kepada HONOR Magic V5 juga boleh menukar beli peranti lama mereka di mana-mana HONOR Experience Store dan menikmati rebat segera bernilai RM400.
Destinasi Jerayawara HONOR Magic V5 yang seterusnya: Sunway Pyramid!
Selepas Johor Bahru, Jerayawara HONOR Magic V5 akan ke Sunway Pyramid, Selangor dari 15 September sehingga 21 September ini bagi membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia merasai kehebatan inovasi telefon lipat HONOR ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Magic V5, kunjungi www.honor.com/my/.
Baca : ULASAN : HONOR Magic V5 ; Nipis, Kukuh tanpa Kompromi






