Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo V60 kini rasmi di Malaysia dengan cip Snapdragon 7 Gen 4 dan bateri 6,500mAh

vivo V60 kini rasmi di Malaysia dengan cip Snapdragon 7 Gen 4 dan bateri 6,500mAh 1

vivo V60 kini rasmi di Malaysia dengan cip Snapdragon 7 Gen 4 dan bateri 6,500mAh 2

vivo secara rasminya telah melancarkan telefon pintar terbaru V-Series iaitu vivo V60 pada harga dari RM 1,899.

vivo V60 kini rasmi di Malaysia dengan cip Snapdragon 7 Gen 4 dan bateri 6,500mAh 3

Terus ke spesifikasi, vivo V60 hadir dengan skrin paparan Quad-Curved berukuran 6.77-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Ianya dikuasakan cip Snapdragon 7 Gen 4 yang menawarkan peningkatan prestasi CPU sebanyak 27% manakala prestasi GPU pula adalah 30% lebih baik berbanding generasi sebelum ini bersama 8/12GB RAM dan storan dalaman 256GB atau 512GB.

vivo V60 kini rasmi di Malaysia dengan cip Snapdragon 7 Gen 4 dan bateri 6,500mAh 4

Seterusnya, vivo mempertaruhkan ZEISS All Main Camera pada vivo V60 iaitu sensor utama 50MP, sensor telefoto periskop 50MP, sensor ultrawide 8MP dan kamera selfie 50MP dengan pemfokusan auto.

vivo V60 kini rasmi di Malaysia dengan cip Snapdragon 7 Gen 4 dan bateri 6,500mAh 5

Beralih kepada bateri, vivo V60 memiliki bateri BlueVolt berkapasiti 6,500mAh bersama pengecasan pantas 90W FlashCharge yang memberikan pengecasan penuh didalam masa 58 minit.

Lain-lain ciri vivo V60 adalah FunTouch OS 15 yang berasaskan Android 15, AI Aura Light 2.0, penarafan IP68 & IP69, dual stereo speaker dan ciri AI.

vivo V60 kini rasmi di Malaysia dengan cip Snapdragon 7 Gen 4 dan bateri 6,500mAh 6

vivo V60 akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Dessert Gold, Mist Gray dan Berry Purple pada harga 1,899 bagi versi 8/256GB (eksklusif online), RM 1,999 bagi versi 12/256GB dan RM 2,399 bagi versi 12/512GB.

Dapatkan vivo V60 di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.