Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Tab S10 Lite diumumkan secara rasmi – tiba di Malaysia pada 19 September ini

Samsung Galaxy Tab S10 Lite diumumkan secara rasmi - tiba di Malaysia pada 19 September ini 1

Samsung Galaxy Tab S10 Lite diumumkan secara rasmi - tiba di Malaysia pada 19 September ini 2

Samsung secara rasminya telah mengumumkan pelancaran tablet Samsung Galaxy Tab S10 Lite dan ianya akan memasuki pasaran Malaysia pada 19 September ini.

Terus ke spesifikasi, Galaxy Tab S10 Lite hadir dengan skrin paparan LCD berukuran 10.9-inci dengan kecerahan maksima 600 nits dan teknologi Vision Booster.

Selain itu, Tab S10 Lite juga hadir dengan cip Exynos 1380, 6GB RAM dan storan dalaman 128GB. Ianya juga hadir dengan pelbagai ciri AI seperti Circle to Search with Google, ciri Handwriting Help & Solve Math pada aplikasi Samsung Notes.

Seterusnya, Galaxy Tab S10 Lite juga disertakan dengan S Pen dalam kotak dan terdapat juga papan kekunci Book Cover Keyboard yang dijual berasingan.

Dalam pada itu, Galaxy Tab S10 Lite memiliki bateri berkapasiti 8,000mAh bersama pengecasan Super-Fast Charging namun kadar output tidak diumumkan.

Akhir sekali, Samsung Galaxy Tab S10 Lite akan ditawarkan didalam tiga pilihan warna iaitu Gray, Silver dan Coralred namun harga jualan masih belum diumumkan.

 Setiap pembelian akan turut menerima langganan versi penuh Goodnotes percuma selama 1 tahun, percubaan percuma selama 6 bulan bagi Clip Studio Paint dengan potongan 20% untuk langganan pertama dan diskaun 66% untuk LumaFusion serta langganan Pas Creator percuma selama 1 bulan. Notion termasuk percubaan percuma 1 bulan pelan Plusnya dengan Notion AI.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.