Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025 kini rasmi di Malaysia – Harga RM 1,599 sahaja

HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025 kini rasmi di Malaysia - Harga RM 1,599 sahaja 1

HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025 kini rasmi di Malaysia - Harga RM 1,599 sahaja 2

HUAWEI secara rasminya telah melancarkan tablet terbaru syarikat ini iaitu HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025.

HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025 kini rasmi di Malaysia - Harga RM 1,599 sahaja 3

HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025 memiliki skrin paparan FullView PaperMatte berukuran 11.5-inci dengan resolusi 2.5K  dengan nisbah skrin-ke-badan 86% , kadar segar semula 120 Hz dan kecerahan puncak 600 nits.  Ianya turut hadir dengan HUAWEI Smart Keyboard yang ringan, ia memberikan pengalaman tahap PC sebenar untuk menaip, berbilang tugas dan produktiviti semasa dalam perjalanan.

HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025 kini rasmi di Malaysia - Harga RM 1,599 sahaja 4

Selain itu, MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025 hadir dengan rekaan all-metal unibody berukuran 6.1mm dengan berat 515 gram yang ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu Violet dan Space Grey. Ianya juga tampil dengan modul kamera Star Ring yang menyepadukan sistem dwi antena untuk penerimaan isyarat sehingga 30% lebih baik.

HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025 kini rasmi di Malaysia - Harga RM 1,599 sahaja 5

Seterusnya, tablet terbaru HUAWEI ini dikuasakan dengan cip Kirin T82B, 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Ianya hadir dengan HarmonyOS 4.3 dengan pelbagai perisian produktiviti seperti PC-level WPS Office,  floating Multi-Window selain turut membawakan sokongan HUAWEI M-Pencil Gen-3.

HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025 kini rasmi di Malaysia - Harga RM 1,599 sahaja 6

Dalam pada itu, HUAWEI MatePad 11.5 ini memiliki quad-speaker Histen 9.0, kamera belakang 13MP, kamera hadapan 8MP, bateri 10,100mAh dengan pengecasan 40W HUAWEI SuperCharge dan sokongan AppGallery yang meluas.

HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025 kini rasmi di Malaysia - Harga RM 1,599 sahaja 7

HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025 kini dibuka untuk pra-pesanan pada harga RM 1,599 dan setiap pembelian akan turut menerima HUAWEI M-Pencil Gen-3 + PC Level WPS bernilai RM698 secara percuma.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.