HONOR MagicPad 3 dan MagicBook Art 14 2025 akan tiba di Malaysia pada 20 Ogos ini
HONOR merupakan jenama tablet Android nombor satu di Malaysia selama 12 bulan berturut-turut dan syarikat ini bakal meningkatkan prestasi pengguna dalam menyiapkan kerja, mencipta karya dan bermain permainan dalam talian dengan memperkenalakan HONOR MagicPad 3 dan HONOR MagicBook Art 14 2025 pada 20 Ogos ini.
HONOR terus memperluaskan jejak inovasinya melalui ekosistem peranti AI yang semakin berkembang dengan menyediakan peranti yang menghubungkan dan bersepadu lancar dalam kehidupan harian pengguna. Sejak beberapa tahun lalu, rangkaian tablet HONOR telah mendapat pujian yang meluas dan keluaran flagship tahun ini membawa legasi itu ke tahap lebih tinggi.
HONOR MagicPad 3 – Tablet Flagship Terbaik Tahun Ini
MagicPad 3 merupakan sebuah tablet yang sesuai bagi hiburan, produktiviti, dan permainan dalam talian. Bukan sekadar peranti mudah alih bagi menonton filem, HONOR MagicPad 3 adalah tablet serba lengkap yang boleh menggantikan komputer riba, berfungsi sebagai studio kreatif dan mengendalikan permainan berprestasi tinggi dengan mudah.
Tablet ini menawarkan Paparan Eye Comfort HONOR berukuran 13.3-inci dengan resolusi 3.2K dan kadar segar semula 165Hz yang tertinggi dalam industri yang memberikan visual yang tajam dan bingkai ultra lancar sama ada untuk suntingan video atau sesi permainan intensif.
Seterusnya, HONOR MagicPad 3 ini akan dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 8 Gen 3, menerima pensijilan IMAX Enhanced dan dilengkapi lapan pembesar suara stereo untuk pengalaman hiburan yang imersif.
Selain itu, MagicPad 3 juga ini didatangkan bersama papan kekunci pad sentuh Bluetooth pintar dan pensel pintar. Dua aksesori tersebut mengubah HONOR MagicPad 3 berfungsi seperti komputer riba untuk menyiapkan kerja menjadikanya peranti yang sempurna untuk golongan kreatif melakar, menghasilkan karya, dan merealisasikan idea di mana sahaja mereka berada.
HONOR MagicBook Art 14 – Inovasi Bertemu Fesyen
Turut akan dilancarkan bersama MagicPad 3 adalah , HONOR MagicBook Art 14 2025 yang merupakan pengganti kepada generasi terdahulu yang telah diiktiraf di peringkat global kerana memperkenalkan kamera magnetik pertama dalam industri, satu inovasi dalam perlindungan privasi pengguna.
HONOR masih mengekalkan ciri ikonik ini pada model 2025 tersebut, komputer riba ini didatangi pemproses yang dinaik taraf untuk prestasi lebih baik. HONOR MagicBook Art 14 2025 merupakan ‘aksesori’ fesyen yang harus dimiliki kerana tampil dengan warna baharu yang diinspirasi oleh ‘Color of the Year 2025’.
Butiran Penuh Diumumkan Pada 20 Ogos Ini
HONOR MagicPad 3 dan HONOR MagicBook Art 14 2025 bakal mendefinisikan semula produktiviti dan hiburan, digayakan dengan inovasi tersendiri HONOR. Nantikan spesifikasi penuh, harga dan ketersediaan yang akan diumumkan pada 20 Ogos 2025.
Untuk maklumat lanjut, ikuti laman Facebook HONOR Malaysia rasmi atau kunjungi www.honor.com/my.



