Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR Magic V5 mula ditawarkan oleh telko terpilih – serendah RM 70 sebulan

HONOR Magic V5 mula ditawarkan oleh telko terpilih - serendah RM 70 sebulan 1

HONOR Magic V5 mula ditawarkan oleh telko terpilih - serendah RM 70 sebulan 2

Susulan kejayaan pratempahan dan jualan minggu pertama HONOR Magic V5, telefon boleh lipat ultra nipis baharu ini kini tersedia menerusi pelan pascabayar mampu milik daripada syarikat telekomunikasi CelcomDigi, Maxis, U Mobile dan Yes yang bermula dari  serendah RM70 sebulan, HONOR Magic V5 menjadi lebih mudah untuk dimiliki oleh rakyat Malaysia!

HONOR Magic V5 mula ditawarkan oleh telko terpilih - serendah RM 70 sebulan 3

Dapatkan HONOR Magic V5 pada hanya RM126 sebulan dengan CelcomDigi!

CelcomDigi menawarkan HONOR Magic V5 pada harga serendah RM126 sebulan melalui CelcomDigi One UltraTM Pro. Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman sesawang CelcomDigi.

HONOR Magic V5 mula ditawarkan oleh telko terpilih - serendah RM 70 sebulan 4

Miliki HONOR Magic V5 dengan harga bermula dari RM135 sebulan

Pelanggan juga boleh memiliki HONOR Magic V5 pada harga bermula dari RM135 sebulan dengan pelan Maxis Postpaid. Untuk maklumat lanjut tentang tawaran menarik ini, layari laman sesawang rasmi Maxis.

HONOR Magic V5 mula ditawarkan oleh telko terpilih - serendah RM 70 sebulan 5

Nikmati tawaran HONOR Magic V5 bersama U Mobile

Dengan U Mobile, HONOR Magic V5 boleh dimiliki pada pelan yang bermula dari RM139 sebulan! Pelanggan juga boleh menikmati penjimatan tambahan dengan pelan pascabayar pilihan mereka tanpa sebarang bayaran pendahuluan. Untuk butiran lanjut, kunjungi laman sesawang rasmi U Mobile.

HONOR Magic V5 mula ditawarkan oleh telko terpilih - serendah RM 70 sebulan 6

Serendah RM70 sebulan untuk miliki HONOR Magic V5 dengan Yes!

Memang benar! Dengan Yes 5G, HONOR Magic V5 boleh menjadi milik anda dengan pelan yang bermula dari  RM70 sebulan! Dapatkan maklumat lanjut mengenai pelan menarik ini melalui laman sesawang rasmi Yes. 

HONOR Magic V5 mula ditawarkan oleh telko terpilih - serendah RM 70 sebulan 7

HONOR Magic V5 – Upgrade lebih baik, harga masih sama 

HONOR Magic V5 kini ditawarkan pada harga RM6,999 .Mengekalkan harga seperti model terdahulu, HONOR Magic V5 kini menawarkan prestasi dan ketahanan yang lebih unggul dengan skrin, badan dan engsel yang lebih kukuh. Ia turut menerima penarafan IP58 dan IP59 bagi melindungi peranti daripada debu dan kalis air.

Selain itu, HONOR Magic V5 juga menampilkan kapasiti bateri yang besar iaitu 5,820mAh dan Kamera Telefoto Periskop 64MP dengan keupayaan zum sehingga 100x. HONOR Magic V5 juga dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 8 Elite terbaharu untuk pengalaman pelbagai tugas yang didorong AI berfungsi dengan lancar, sesuai untuk pelbagai senario seperti membuat kerja, membeli-belah dan mengembara dalam satu masa.

Untuk maklumat lanjut, ikuti laman Facebook rasmi HONOR Malaysia atau kunjungi laman sesawang di www.honor.com/my/. 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.