HONOR menawarkan servis selepas jualan yang menyeluruh bagi HONOR Magic V5
Peneraju ekosistem peranti AI global HONOR meningkatkan tahap perkhidmatan selepas jualannya dengan menyediakan polisi perkhidmatan tersuai yang pertama dalam industri untuk telefon pintar boleh lipat terbaharu HONOR Magic V5.
Polisi perkhidmatan yang dipertingkatkan ini memperkenalkan pendekatan berasaskan keperluan pengguna termasuk Perlindungan Skrin Retak 1 Tahun dan Jaminan Kualiti 2 Tahun. HONOR Magic V5 menjadi satu-satunya telefon pintar boleh lipat di Malaysia yang menawarkan liputan komprehensif sedemikian.
Keyakinan Pengguna Diutamakan dalam Skrin Boleh Lipat
Dengan peningkatan populariti terhadap telefon pintar boleh lipat, kebimbangan utama pengguna lazimnya berkisar kepada kos pembaikan skrin yang tinggi. Tinjauan pasaran menunjukkan kos purata membaiki skrin dalam boleh mencecah sehingga RM2,600 manakala skrin luar sekitar RM600. Hal ini menjadikan polisi selepas jualan sebagai faktor utama dalam keputusan pembelian. Oleh yang demikian, HONOR dengan yakin menangani kebimbangan ini dengan menawarkan pembaikan skrin percuma bagi sebarang kerosakan disebabkan pengeluaran pada Magic V5 dalam tempoh dua tahun.
Dengan Polisi Perlindungan Retak 1 Tahun, jika skrin HONOR Magic V5 rosak akibat terjatuh, perlanggaran, atau tekanan tidak sengaja, pengguna boleh menerima satu penggantian percuma bagi skrin dalam dan luar, hanya dengan bayaran upah sebanyak RM60.
Untuk jaminan tambahan, Jaminan Kualiti 2 Tahun turut meliputi isu kualiti skrin seperti garisan hijau atau air. Pendekatan proaktif ini memberikan jaminan yang tiada tandingan, mengurangkan kebimbangan pengguna dengan ketara.
14 Pusat Servis Seluruh Negara, Mengurangkan Masa Menunggu
Bagi meningkatkan lagi rangkaian pasca jualannya, HONOR mempunyai 14 pusat servis di seluruh negara yang mampu melakukan pembaikan skrin boleh lipat terus di lokasi. Inisiatif ini bertujuan mempercepatkan proses baik pulih serta mengurangkan masa menunggu agar setiap pengguna telefon boleh lipat menikmati pengalaman pasca jualan yang aman.
Bagi melengkapkan janji perkhidmatan ini, HONOR telah memperkukuh ketahanan struktur skrin Magic V5 untuk ketahanan jatuh dan calar yang lebih baik berbanding model terdahulu. Terdapat perlindungan tiga lapis bagi membentuk penghalang keselamatan yang termasuk lapisan anti-calar bersalut alumina pada lapisan luar. Diikuti lapisan sokongan gred aeroangkasa yang diperkukuh dan bendalir bukan Newtonian yang menyerap hentakan dengan teras yang mengeras semasa impak. Setiap bahan perlindungan ini membina peningkatan teras yang ketara dalam ketahanan skrin dalaman dan pada skrin luar yang boleh dipercayai. Gabungan bahan ini meningkatkan ketahanan kedua-dua skrin, menjadikan HONOR Magic V5 bukan sahaja nipis dan berprestasi tinggi, tetapi juga tahan lama.
Pra-tempah HONOR Magic V5 Sehingga 24 Julai 2025
HONOR Magic V5 didatangkan dalam empat pilihan warna premium: Dawn Gold, Ivory White, Silk Brown dan Black. Ia dilengkapi dengan storan RAM 16GB dan ROM 512GB. Pelanggan yang membuat pra-tempahan sehingga 24 Julai ini akan menerima hadiah PERCUMA eksklusif bernilai RM3,497 termasuk sebuah Harman Kardon Onyx Studio 9 serta pelan Perlindungan Skrin Retak 1 Tahun dan Jaminan Kualiti 2 Tahun.
Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Magic V5, kunjungi laman sesawang rasmi HONOR di www.honor.com/my/.




