HONOR Magic V5 akan dilancarkan di Malaysia pada 15 Julai – foldable ternipis dunia pada ukuran 8.8mm
HONOR secara rasminya telah mengesahkan bahawa pelancaran telefon pintar lipat flagship paling inovatif iaitu HONOR Magic V5 akan berlangsung di Malaysia pada 15 Julai 2025.
HONOR Magic V5 berjaya menetapkan penanda aras baharu sebagai telefon lipat paling nipis di dunia, hanya setebal 8.8mm. Tanpa menjejaskan prestasi, kamera atau ketahanan, peranti ini mengatasi kejayaan model terdahulu iaitu HONOR Magic V3.
Selain itu, Ketebalan HONOR Magic V5 boleh diumpamakan seperti syiling 50 sen atau hanya setebal tiga kad bank, menjadikan ia amat mudah disimpan dan selesa untuk dipegang. Ianya terasa ringan dan cukup kompak untuk dibawa dalam beg kecil atau digenggam sepanjang hari dengan selesa.
Baca pandang pertama kami tentang HONOR Magic V5 di : HONOR Magic V5 – Foldable Ternipis tanpa kompromi
Malaysia bakal menyaksikan satu lagi revolusi dalam dunia peranti lipat dengan kehadiran HONOR Magic V5. Jangan lupa sakiskan pelancaran rasmi HONOR Magic V5, di mana anda akan menerokai spesifikasi penuh, harga dan hadiah percuma eksklusif waktu terhad. Penstriman langsung ini boleh ditonton melalui laman Facebook rasmi HONOR Malaysia pada 15 Julai 2025, bermula jam 2 petang.
Untuk perkembangan terkini mengenai HONOR Magic V5, ikuti laman Facebook rasmi HONOR Malaysia atau kunjungi www.honor.com/my/.



