HONOR Magic V5 – Foldable Ternipis tanpa kompromi
Telefon pintar foldable terbaru daripada HONOR iaitu HONOR Magic V5 telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia pada 15 Julai ini dan keupayaan syarikat ini untuk menolak sempadan teknologi foldable jelas terbukti.
Dengan menjadikan HONOR Magic V3 sebagai rujukan dan penanda aras, HONOR Magic V5 tampil dengan spesifikasi dan rekaan yang bakal mengubah sejarah pertukangan telefon pintar boleh lipat.
Sesuai dengan slogan Slimmest, With No Compromise, jom kita lihat beberapa upgrade yang bakal dibawa oleh HONOR Magic V5.
Tiada kompromi pada bateri
HONOR Magic V5 akan ditawarkan dengan bateri silikon karbon berkapasiti 5,820mAh yang menjadikanya foldable dengan kapasiti bateri terbesar dipasaran.
Menariknya, bateri dual-cell yang digunakan pada HONOR Magic V2 ini mempunyai rekaan yang sangat nipis iaitu senipis sebuah kad kredit.
Dengan bateri berkapasiti yang setaraf malah melebihi kebanyakkan telefon pintar flagship tradisional, HONOR Magic V5 telah menghapuskan kekurangan yang sering menghantui pengguna peranti boleh lipat.
Selain itu, HONOR Magic V5 juga disertakan dengan pengecasan pantas 66W HONOR SuperCharge dan pengecasan tanpa wayar 50W Wireless SuperCharge.
Dengan kapasiti bateri yang dimiliki telefon pintar lipat terbaru HONOR ini, menikmati hiburan atau melakukan kerja pejabat untuk tempoh masa yang panjang tidak akan menjadi masalah.
Tiada Kompromi pada Kamera
HONOR Magic V5 juga menawarkan sistem kamera yang baik terutamanya dari segi kamera telefoto yang merupakan yang terbaik pada siri peranti boleh lipat. Ianya adalah sensor periskop 64MP yang menawarkan sehingga 100x zoom selain turut memiliki OIS dan EIS.
AI Enhanced Portrait – HONOR Magic V5 juga hadir dengan ciri portrait berasaskan AI dengan kerjasama Harcourt Studio.
AI Super Zoom – AI berfungsi untuk meningkatkan kualiti dan kejelasan gambar yang dizoom.
Night Shot – AI berfungsi menjadikan gambar pada waktu malam lebih cantik dan tanpa terlalu banyak kekaburan.
Tiada Kompromi pada ketahanan peranti
1. Skrin Dalaman Non-Newtonia – HONOR Magic V5 hadir dengan penggunaan bahan cecair non-newtonia yang menjadikan skrin dalaman telefon pintar ini antara yang paling kukuh dipasaran foldable. Cecair non-newtonia ini akan menjadi keras seperti batu apabila menerima impak yang kuat dan ini menjadikan tahap ketahanan skrin dalaman HONOR Magic V5 adalah 20% lebih baik.
2. Al Foreign Object Detection – HONOR Magic V5 hadir dengan ciri AI dimana pengguna akan menerima amaran apabila zarah sekecil 0.8mm seperti pasir memasuki bahagian skrin dalaman.
3. HONOR Anti-scratch NanoCrystal Shield – Selain skrin dalaman, HONOR Magic V5 juga memberikan pengguna gelas perlindungan yang kukuh untuk skrin luaran. Ianya lebih tahan jatuhan dan calar berbanding gelas NanoCrystal Shield generasi sebelum ini.
Panel belakang HONOR Magic V5 ini diperbuat daripada gentian karbon gred aeroangkasa yang memberikan ketahanan dari hentaman 40 kali ganda lebih baik.
Anda tidak perlu risau tentang calar daripada kunci atau objek tajam yang lain apabila diletakkan didalam beg.
HONOR Super Steel Hinge Generasi ke-2
HONOR Magic V5 adalah telefon pintar boleh lipat yang sangat ringan namun tiada sebarang kompromi dilakukan dari segi ketahanan. Ini terbukti apabila engsel Magic V5 yang paling ringan di industri mampu menahan berat sehingga 35kg.
Bagi membuktikan dakwaan ini, HONOR juga telah menggantung sebuah sofa seberat 75kg dengan menggunakan 3 unit Magic V5.
Dalam pada itu, engael Magic V5 ini juga mampu bertahan sehingga 500,000 kitaran lipatan yang jika secara purata dibuka sebanyak 100 kali sehari, ianya mampu bertahan sehingga 13 tahun.
Penarafan Kalir Air dan Habuk IP58 & IP59
HONOR Magic V5 adalah telefon pintar boleh lipat yang mempunyai penarafan kalis air dan habuk yang menyeluruh, ianya adalah penambahbaik yang drastik berbanding penarafan IPX8 pada generasi sebelum ini.
Ini bermaksud telefon pintar Magic V5 adalah lebih tahan lasak dan dapat mengelakkan masalah ‘green screen’ akibat daripada kemasukkan habuk kedalam komponen skrin.
Nantikan Pelancaran HONOR Magic V5 di Malaysia pada 15 Julai ini.















