Apple iOS 26 telah diumumkan secara rasmi – perubahan terbesar didalam sejarah iOS
Apple secara rasminya telah melancarkan iOS 26 yang mana syarikat ini telah melompat dari iOS 18 ke iOS 26 kerana mahu skema nama yang lebih uniform.
Perubahan terbesar pada iOS 26 ini adalah Liquid Glass – rekaan UI baharu Apple yang diilhamkan dari visionOS dan keseluruhan UI ini menampilkan elemen reka bentuk seperti kristal dan tindak balas sentuhan yang lebih dinamik.
Lock Screen – ianya dikemas kini dengan Liquid Glass dan kini lebih responsif. Widget masa boleh menyesuaikan diri dengan subjek foto anda dan bilangan notifikasi. Apple turut menambah pemandangan spatial baharu, yang membawa kesan 3D pada wallpaper anda.
Aplikasi kamera adalah satu lagi untuk menerima rekaan UI Liquid Glass. UI adalah lebih ’rounded’, dan leretan memaparkan semua tetapan. Semua pilihan kualiti foto dan video kini tersedia di dalam aplikasi.
Aplikasi Foto dikemas kini dengan identiti visual baharu dan mendapat tab Library dan Collection . Mana-mana foto 2D boleh diubah menjadi 3D Spatial Scene .
Safari pula membawa bar tab yang lebih kecil dan boleh disesuaikan, yang menggabungkan ke dalam halaman semasa anda menatal dan mengecut secara dinamik supaya anda melihat lebih banyak page.
FaceTime – mempunyai halaman baharu dengan poster kenalan yang diperibadikan dan mesej video daripada kenalan anda.
Dua penambahan ketara iOS 26 juga ada pada aplikasi Phone iaitu Call Screening dan Hold Assist.
Call Screening akan menjawa panggilan spam yang datang daripada nombor yang tidak dikenali di latar belakang. Jika anda menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali, iPhone anda hanya akan mula berdering selepas pemanggil memberikan nama dan sebab mereka membuat panggilan.
Hold Assist pula membantu mengekalkan kedudukan anda semasa membuat panggilan dengan syarikat (operator) dan akan memberitahu anda apabila panggilan anda telah dijawab oleh orang di talian tersebut.
Live Translation ialah aplikasi terjemahan Apple dikuasakan oleh Apple Intelligence. Ia disepadukan ke dalam aplikasi Message, Phone dan FaceTime. Pengguna boleh menggunakan ciri ini semasa panggilan dan juga mendapatkan penterjemahan semasa panggilan FaceTime.
CarPlay juga mengintegrasikan rekaaan Liquid Glass . Ianya menerima mod terang dan gelap serta makluman padat baharu untuk panggilan masuk, mesej dan pemberitahuan lain. Apple juga membawa widget ke UI CarPlay dan Live Activities . Widget yang sama dibuat untuk iPhone akan turut berfungsi pada CarPlay.
Apple akan menawarkan iOS 26 dalam versi developer beta hari ini. Beta awam akan mula ditawarkan bulan hadapan manakala versi rasmi kepada akan ditawarkan selepas pelancaran generasi iPhone yang baharu.








