ULASAN : HONOR Band 10 – Peranti Kecergasan Serba Lengkap pada harga mesra poket

HONOR Band 10
HONOR secara rasminya telah memperkenalkan jam kecergasan terbaru syarikat ini iaitu HONOR Band 10 untuk pasaran Malaysia dan ianya hadir pada harga yang sangat kompetitif iaitu RM 199.
Pasaran jam kecergasan dibanjiri banyak pilihan jam tangan daripada pelbagai jenama popular dan HONOR Band 10 sudah pastinya perlu memiliki sesuatu yang ‘extra’ jika mahu pengguna tertarik dengan jam ini.
Berikut adalah ulasan HONOR Band 10 yang kini telah mula ditawarkan di Malaysia pada harga RM 199.
Rekaan
HONOR Band 10 mempunyai rekaan yang sama seperti kebanyakkan jam kecergasan lain dipasaran dimana ianya memiliki paparan skrin yang besar iaitu panel AMOLED bersaiz 1.57-inci yang juga memiliki sensor ‘ambient lighting’ untuk paparan yang sentiasa selesa untuk dilihat tanpa mengira keadaan cahaya.
Selain itu, skrin paparan Band 10 ini mempunyai lengkungan pada kedua-dua sisi yang menjadikanya kelihatan lebih premium dan unik berbanding kebanyakkan jam kecergasan yang setaraf.
Bercakap mengenai berat, HONOR Band 10 mempunyai berat sekitar 14.7gram tanpa mengambil kira berat tali dan ini bermaksud memakai jam kecergasan ini sepanjang hari tidak akan memberikan sebarang masalah keselesaan kepada pengguna.
Dalam pada itu, HONOR Band 10 ini ditawarkan didalam dua pilihan tali jam iaitu tali tenunan nilon biru dwi lapis yang menawarkan keselesaan maksima ketika dipakai. Satu lagi pilihan tali yang ditawarkan adalah tali TPU didalam warna hitam dan tali jam ini boleh ditanggalkan dengan mekanisma quick-release.
Ciri-Ciri HONOR Band 10
HONOR Band 10 menawarkan penjejakan kesihatan dan kecergasan yang amat menyeluruh walaupun ianya adalah jam tangan kecergasan dibawah harga RM 200.
HONOR Band 10 menawarkan sokongan bagi 96 aktiviti kecergasan dimana setiap aktiviti ini boleh direkodkan dengan tepat bersama pelbagai parameter lain seperti jumlah kalori dibakar, kadar degupan jantung dan banyak lagi.
Selain itu, Band 10 juga membawakan ciri yang boleh memberikan anda anggaran tahap kecergasan pengguna iaitu Fitness Age. HONOR Band 10 mengira umur badan pengguna berdasarkan pengambilan oksigen maksimum (VO2 max), menawarkan penilaian yang mudah tentang tahap kecergasan mereka.
Seterusnya, Healthy Morning Report pula akan memberikan pengguna analisis yang mudah dan terperinci tentang kesihatan dari hari sebelumnya setiap pagi, termasuk kualiti tidur, kadar oksigen dalam darah, tahap tekanan , kitaran haid, perubahan berat badan dan banyak lagi.
Dalam pada itu, Band 10 juga memiliki ciri Sleep Tracker yang menganalisis corak tidur dan menawarkan cadangan yang boleh diambil untuk mendapat rehat yang lebih baik. Menyedari kesan tekanan terhadap tidur dan kesihatan secara keseluruhan , laporan itu juga menawarkan tahap tekanan semasa dan menggalakkan pengguna untuk melibatkan diri dengan bersepadu pada ciri Stress and Mindfulness.
Bagi pengguna wanita, penjejak kitaran yang lancar menyediakan maklumat terperinci untuk pengurusan kitaran haid yang proaktif.
Bateri
HONOR Band 10 memiliki bateri berkapasiti 180mAh, memberikan pengguna jangka hayat bateri yang mengagumkan sehingga 14 hari dalam satu pengecasan.
Penutup
HONOR Band 10 merupakan sebuah jam kecergasan yang serba lengkap namun masih mengekalkan harga jualan yang berpatutan.
Jika aspek kecergasan dan beberapa parameter kesihatan sudah memadai untuk anda, maka HONOR Band 10 adalah sesuatu yang patut anda pertimbangkan.
HONOR Band 10 kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 199 namun anda boleh mendapatkanya pada harga RM 149 sahaja sekarang.
Dapatkanya di HONOR Malaysia Online Store.