HONOR 400 Series mula dijual secara rasmi – roadshow khas bermula 4 Jun ini
Siri HONOR 400 telah mula dijual secara rasmi di Malaysia hari ini. Susulan kejayaan rekod pratempahan selama seminggu, Siri HONOR 400 telah mengatasi pencapaian pratempahan bagi model terdahulu.
Populariti luar biasa ini mencerminkan sokongan padu pengguna Malaysia terhadap keupayaan pengimejan bertaraf flagship Siri HONOR 400, termasuk Kamera Utama Super Sensing 200MP dan kemajuan teknologi AI Imaging Generasi Baharu.
Nikmati Pakej Hadiah Eksklusif Bernilai Sehingga RM598, Serta Tambahan Jam Tangan Kecergasan PERCUMA.
HONOR 400 Pro (24GB + 512GB) kini ditawarkan pada harga RM2,699 dengan pilihan warna Lunar Grey, Tidal Blue dan Midnight Black. Setiap pembelian didatangkan bersama HONOR Choice Watch 2i dan waranti tambahan 1 Tahun bernilai RM598.

HONOR 400 pula ditawarkan pada harga RM1,899 (24GB + 256GB) dan RM2,199 (24GB + 512GB) dalam warna Desert Gold, Tidal Blue dan Midnight Black. Pembeli akan menerima satu set hadiah percuma yang mengandungi HONOR Choice Earbuds X7e dan waranti tambahan 1 Tahun.
Selain itu, pembeli masih boleh menaik taraf storan 256GB kepada 512GB secara PERCUMA! Lebih menarik, pembelian varian 256GB dari kedai rasmi HONOR di Shopee, Lazada atau TikTok Shop akan menerima satu lagi hadiah tambahan iaitu jam kecergasan HONOR Band 10, tertakluk kepada ketersediaan stok.
Dalam pada itu, HONOR 400 boleh didapati melalui pelbagai platform utama, termasuk kedai HONOR Experience Store, laman sesawang rasmi HONOR, Shopee, Lazada, Harvey Norman, Senheng SenQ dan Urban Republic.
Selain itu HONOR turut akan mengadakan roadshow Siri HONOR 400 di tiga pusat beli-belah iaitu IOI City Mall, Putrajaya; AEON Mall Tebrau City, Johor Bahru; dan Queensbay Mall, Pulau Pinang.
Roadshow pertama akan berlangsung di IOI City Mall mulai 4 hingga 8 Jun 2025. Pengunjung berpeluang mengalami sendiri Siri HONOR 400 dan juga mendaftar untuk menyertai aktiviti studio yang menarik iaitu Time Machine Studio dan Next-Gen AI Imaging Experience yang membolehkan pengguna menghidupkan kenangan indah.
Pengunjung boleh membawa gambar kenangan mereka, seperti gambar zaman kanak-kanak atau potret keluarga lama ke roadshow ini dan menyaksikan AI mengubahnya menjadi video MP4 berdurasi 5 saat, sekali gus mengembalikan nostalgia.
Selain itu, pengunjung juga boleh memilih untuk mengubah foto mereka menjadi kandungan video imaginatif menggunakan AI Image to Video dan alatan penyuntingan AI berinovatif seperti AI Cutout, AI Eraser dan lain-lain. Bayangkan dikejar dinosaur, terapung di udara, atau berada di mercu tanda ikonik di seluruh dunia.
Sertailah roadshow HONOR ini dan melangkah ke dalam ‘mesin masa’ untuk saksikan bagaimana sekeping gambar boleh menjadi memori yang jelas dan hidup.
Pendaftaran untuk Time Machine Studio dan Next-gen AI Imaging Experience boleh dibuat melalui pautan di sini, dan peserta terpilih akan dihubungi melalui emel. Slot adalah terhad dan berdasarkan siapa cepat, dia dapat. Jangan lepaskan peluang ini!
Untuk lebih sentuhan kreatif, pengunjung juga boleh mendapatkan lakaran potret mereka daripada artis tempatan berbakat secara terus dengan tablet HONOR Pad 10 yang baru dilancarkan. Ini menjadikan pengalaman mengunjung jerayawara Siri HONOR 400 satu pengalaman peribadi yang unik.
Menangi Hadiah Cabutan Bertuah Eksklusif Bernilai RM75,000!
Keseronokan tidak terhenti di situ! Dengan pembelian satu peranti HONOR berharga RM1,000 ke atas, pengguna berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah menarik, dengan jumlah keseluruhan hadiah bernilai RM75,000. Hadiah-hadiah ini termasuk HONOR Choice Robot Cleaner R2, HONOR Choice Earbuds X5, sebuah beg pakaian kabin pelbagai fungsi, dan banyak lagi. Jangan lepaskan peluang untuk membawa pulang sesuatu yang istimewa!
Berikut adalah tarikh Jerayawara Siri HONOR 400 di tiga lokasi:
- IOI City Mall, Putrajaya: 4 – 8 Jun 2025
- AEON Tebrau City, Johor Bahru: 1 – 6 Julai 2025
- Queensbay Mall, Pulau Pinang: 16 – 20 Julai 2025



