HONOR 400 Series disahkan akan tiba di Malaysia tidak lama lagi
HONOR secara rasminya telah mengesahkan bahawa HONOR 400 Series akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.
Pengumuman rasmi ini menyusul selepas HONOR 400 Lite memasuki pasaran tempatan baru-baru ini dan Malaysia juga menerima penghormatan sebagai pasaran global pertama untuk menerima siri telefon pintar ini.
Bersama-sama pengumuman rasmi ini, HONOR juga telah mengesahkan bahawa telefon pintar HONOR 400 Series ini akan dilengkapi teknologi Next-Gen AI Imaging.
TeknologiNext-Gen AI Imaging ini melaksanakan semuanya untuk pengguna, merakam setiap detik dengan kejelasan, warna dan perincian yang menakjubkan, menjadikan setiap gambar kelihatan luar biasa. Dengan menyepadukan peningkatan AI yang canggih, siri ini membolehkan pengguna merakam, menyunting dan berkongsi visual kreatif dengan kemudahan dan ketepatan yang tiada seumpamanya, meningkatkan lagi standard keupayaan peranti kelas pertengahan ke tahap lebih tinggi.
Dalam pada itu, HONOR juga mengesahkan rekaan panel belakang yang terdiri daripada tiga sensor kamera didalam warna Grey yang lembut. HONOR telah mengesahkan bahawa maklumat lanjut mengenai HONOR 400 Series akan diumumkan pada 8 Mei ini.
