Jualan pra-tempahan HONOR X9c 5G mencecah RM 20 juta dalam masa 7 hari
HONOR Malaysia telah mengumumkan bahawa pra-tempahan bagi HONOR X9c 5G didalam tempoh 7 hari selepas pelancaran adalah dua kali ganda lebih baik berbanding generasi sebelum ini.
Pada tahun lalu, HONOR X9b 5G telah mencatatkan jualan pra-tempahan sebanyak RM10 juta dalam tempoh seminggu namun rekod ini kini telah berjaya dipecahkan oleh HONOR X9c 5G.
Momentum jualan awal ini mendorong HONOR menghampiri matlamatnya untuk meletakkan HONOR X9c 5G sebagai telefon pintar kelas pertengahan yang terlaris di Malaysia.
HONOR X9c 5G akan mula dijual di kedai seluruh negara mulai 15 November 2024. Berikutan stok untuk pra-tempahan semakin berkurangan, orang ramai diminta rebut peluang menempah HONOR X9c 5G idaman mereka sekarang untuk menikmati faedah pra-tempahan istimewa bernilai RM1,486.
Selain itu, HONOR X9c 5G juga tersedia untuk pra-tempahan dengan Maxis sehingga 14 November 2024. Lebih istimewa, HONOR X9c 5G boleh didapati secara PERCUMA menerusi pelan Maxis Postpaid 139 dengan kontrak 24 bulan! Untuk maklumat lanjut mengenai pelan ini, layari laman web rasmi Maxis.
HONOR X9c 5G kini tersedia dalam dua konfigurasi iaitu storan 12GB+256GB pada harga RM1,499 dan RM1,699 bagi storan 12GB+512GB didalam tiga pilihan warna yang elegan iaitu Titanium Purple, Jade Cyan, dan Titanium Black.
Baca : ULASAN : HONOR X9c 5G – Telefon pintar ‘King of Durability’ terbaharu di Malaysia