Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR X9c 5G – Ini 6 Upgrade Utama berbanding HONOR X9b 5G

HONOR X9c 5G - Ini 6 Upgrade Utama berbanding HONOR X9b 5G 1

HONOR X9c 5G - Ini 6 Upgrade Utama berbanding HONOR X9b 5G 2

HONOR baru-baru ini telah mengesahkan akan kedatangan HONOR X9c 5G ke pasaran Malaysia pada 5 November ini sebagai telefon pintar terbaru tahan lasak syarikat ini.

Menariknya, HONOR X9c 5G akan memasuki pasaran tempatan sebagai pengganti kepada HONOR X9b 5G yang telah merekodkan jualan melebihi 300,000 unit dan menjadi telefon pintar kedua paling banyak carian Google di Malaysia pada 2023 sejak ianya dilancarkan pada November 2023.

HONOR X Series : Warisan kebingkasan dan ketahanan

HONOR X Series sentiasa dikaitkan dengan kebingkasan dan ketahanannya, iaitu sifat teras yang menjadi kebanggaan setiap generasi siri tersebut. Setiap generasi X Series ini mempersembahkan inovasi dan peningkatan yang penting, serta sentiasa memacu evolusi teknologi telefon pintar.

Dengan menumpukan kepada kekukuhan dan prestasi tahan lama, HONOR X Series bukan sahaja telah menetapkan penanda aras baharu di dalam pasaran malah telah meningkatkan kesedaran terhadap pentingnya ciri-ciri ini dalam industri telefon pintar.

Pengeluar lain juga menyedari kepentingan ciri-ciri ini dan mengiktirafnya secara berperingkat untuk membawa mereka mengikuti langkah HONOR X Series dan memenuhi cabaran ketahanan; seterusnya menganjak segenap pasaran ke tahap yang lebih tinggi.

Jika HONOR X9b 5G hadir ke pasaran dengan gelaran All-angle Ultra tough, HONOR X9c 5G pula dilancarkan dengan gelaran Ultra-tough Triple Defense yang menangani issue ketahanan yang sering menghantui pengguna.

HONOR X9c 5G - Ini 6 Upgrade Utama berbanding HONOR X9b 5G 3

HONOR Anti-Drop Display, Kalis Jatuhan dan Calar serta Kalis Air 360°

HONOR X9c 5G memiliki struktur kalis air tiga lapisan yang memberikan perlindungan 360° terhadap pendedahan air. ia bukan sahaja menahan percikan air tetapi juga telah diuji dengan menyeluruh untuk berfungsi walaupun selepas direndam dalam air sedalam 25cm sehingga 5 minit. Selain itu, peranti ini menyokong pengunaan ketika tangan basah , membolehkan interaksi lancar walaupun tangan pengguna basah atau berminyak.

HONOR X9c 5G - Ini 6 Upgrade Utama berbanding HONOR X9b 5G 4

Ini membolehkan HONOR X9c 5G menerima penarafan IP65M yang jauh lebih baik berbanding HONOR X9b 5G yang memiliki penarafan IP53 sahaja.

Selain itu, HONOR X9c 5G juga lebih tahan jatuhan iaitu 166% lebih baik dengan teknologi seperti Fully Wrapped Curved Screen Protection Layer dan Cushioning Airbag Protective Case (2nd Gen Cushioning Structure) yang menampilkan ruangan mikro yang membolehkan kerangan berubah bentuk apabila menerima hentaman, yang menyerap impak ini dengan berkesan dan meminimumkan risiko skrin retak dan kerosakan lain dengan ketara, elemen ini bekerjasama untuk mengurangkan kerosakan daripada kesan dan calar.

Dengan teknologi ini, HONOR X9c 5G mampu selamat daripada jatuhan setinggi 2 meter yang mana ianya adalah lebih baik berbanding hanya 1.6 meter pada HONOR X9b 5G.

HONOR X9c 5G - Ini 6 Upgrade Utama berbanding HONOR X9b 5G 5

Triple Defense, Triple Assurance

HONOR X9c 5G telah meningkatkan ketahanan sebuah telefon pintar ke tahap yang tidak pernah ditawarkan sebelum ini dengan ciri ultra-tough triple defense yang sangat menyeluruh.

Dengan ini , HONOR juga telah memperkenalkan jaminan tiga kali ganda pertama dalam industri. Selain Perlindungan retak panel hadapan & belakang 365 hari seperti yang ditawarkan pada HONOR X9b 5G, X9c 5? dua disertakan dengan perlindungan baharu iaitu penggantian peranti one-to-one 180 hari* tanpa memerlukan pembaikan, dan jaminan bateri 36 Bulan jika kesihatan bateri di bawah paras yang tidak baik.

Lain-lain upgrade yang ada pada HONOR X9c 5G

HONOR X9c 5G - Ini 6 Upgrade Utama berbanding HONOR X9b 5G 6

  • Bateri Silikon Karbon 6,600mAh pertama di pasaran

HONOR berjaya meningkatkan kapasiti bateri HONOR X Series ini tanpa sebarang penambahan berat. HONOR X9c 5G menjadi  telefon pintar pertama dalam industri

dengan bateri karbon silikon 6,600mAh berbanding bateri 5,800mAh yang digunakan pada HONOR X9b 5G.

HONOR X9c 5G - Ini 6 Upgrade Utama berbanding HONOR X9b 5G 7

  • Rekaan Premium Titanium

HONOR X9c 5G memiliki rekaan yang sangat elegan dan premium dimana ianya tampil dengan ketebalan hanya 7.98mm dengan berat 189 gram. Ianya tampil dengan kemasan titanium yang melambangkan astetik moden dan ianya tampil didalam tig warna iaitu Titanium Purple, Jade Cyan dan Titanium Black.

HONOR X9c 5G - Ini 6 Upgrade Utama berbanding HONOR X9b 5G 8

  • Skrin Eye Comfort

HONOR X9c 5G menampilkan skrin paparan Eye-comfort OLED 1.5K berukuran 6.78-inci dengan teknologi yang melindungi mata seperti 3840Hz Risk-free PWM Dimming, Circadian Night Display dan teknologi Dynamic Dimming.

HONOR X9c 5G - Ini 6 Upgrade Utama berbanding HONOR X9b 5G 9

  • Telefon pintar pertama X Series dengan HONOR Magic AI

X9c 5G juga membawakan ciri HONOR Magic AI seperti telefon pintar kelas flagship syarikat ini. Antara ciri Magic AI yang akan ditawarkan pada telefon pintar ini adalah AI Eraser, AI Motion Sensing, Magic Capsule, Magic Portal dan Paralel Space.

HONOR X9c 5G - Ini 6 Upgrade Utama berbanding HONOR X9b 5G 10

  • Sensor utama 108MP dengan OIS

HONOR X9b 5G kini hadir dengan sensor utama 108MP yang dilengkapi dengan OIS yang sebelum ini tidak ditawarkan pada HONOR X9b 5G dan OIS berkesan untuk meminimumkan kekaburan dan goncangan untuk menyampaikan imej sejernih kristal dalam apa jua keadaan.

HONOR X9c 5G - Ini 6 Upgrade Utama berbanding HONOR X9b 5G 11

  • 300% Dual Speaker

HONOR X9c 5G juga dilengkapi pembesar suara stereo untuk hiburan yang lebih imersif dan ianya sudah pastinya lebih baik dari HONOR X9b 5G yang hanya memiliki pembesar suara mono.

Menarik kan kesemua ciri baharu yang dimiliki HONOR X9c 5G?, Pelancaran rasmi HONOR X9c 5G di Malaysia akan berlangsung pada 5 November ini.

HONOR X9c 5G - Ini 6 Upgrade Utama berbanding HONOR X9b 5G 12

Pra-tempah HONOR X9c 5G anda sekarang!

HONOR Malaysia telah mengumumkan Early Bird Special HONOR X9c 5G sebelum pelancaran peranti tersebut. Jadilah antara yang pertama untuk memiliki HONOR X9c 5G dengan meletakkan deposit hanya RM9, dan menikmati faedah eksklusif mulai hari ini sehingga 4 November 2024, jam 3 petang.

Pelanggan terawal akan menerima pakej hadiah premium bernilai RM1,486, termasuk Pelan Jaminan Tiga Tahap yang mengandungi Penggantian Retak Panel Hadapan & Belakang 365 Hari, polisi Penggantian One-to-One 180 Hari, dan Jaminan Bateri 36 Bulan. Faedah-faedah tambahan termasuk Jam Tangan HONOR Choice Haylou percuma dan rebat segera RM99 setelah pembayaran akhir dibuat.

Tempahan boleh dibuat melalui HONOR Official Store, laman sesawang HONOR, Lazada, Shopee, Senheng, SenQ, dan Urban Republic.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.