Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR X9c 5G akan dilancarkan di Malaysia pada bulan November

honor x9c malaysia

honor x9c malaysia

HONOR telah mengesahkan bahawa telefon pintar ultra-touch HONOR X9c 5G akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada bulan November.

HONOR X9c 5G ini bakal menjadi pengganti kepada HONOR X9b 5G yang dilancarkan pada November tahun lalu dengan jualan melebihi 300,000 unit.

Pencapaian ini mengukuhkan lagi kedudukan HONOR X9b 5G sebagai telefon pintar kelas pertengahan nombor satu yang terlaris bagi kategori harga melebih  RM1,200 bagi 2024 dari segi volum jualan, sekaligus menunjukkan kehebatan peranti ini dalam persaingan di pasaran.

HONOR X9c 5G akan dilancarkan di Malaysia pada bulan November 1

Walaupun banyak jenama telefon pintar dilancarkan sepanjang tahun lalu, HONOR X9b 5G terus menjadi pilihan ramai dan menjadi telefon pintar kedua paling banyak carian Google di Malaysia pada 2023. 

Susulan pengesahan mengenai pelancaran telefon pintar ini di Malaysia, HONOR Malaysia telah memuatnaik video teaser yang menggambarkan kedatangan HONOR X9c 5G ke pasaran Malaysia.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.