Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo V40 Lite 5G akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi

vivo V40 Lite 5G akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi 1

 

vivo V40 Lite 5G akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi 2

vivo secara rasminya telah mengesahkan bahawa vivo V40 Lite 5G akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.

Dari segi spesifikasi, vivo V40 Lite akan hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.67-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz serta kecerahan maksima 1,200 nits.

Ianya dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 4, 8GB atau 12GB RAM dan storan dalaman 256GB atau 512GB serta Funtouch OS yang berasaskan Android 14.

Selain itu, V40 Lite ini juga memiliki bateri 5,000mAh bersama pengecasan pantas 80W FlashCharge, sensor utama 50MP, sensor ultrawide 8MP dan AI Aura Light. Kamera selfie adalah 32MP.

Lain-lain spesifikasi vivo V40 Lite ini adalah sensor capjari dalam skrin, penarafan IP64, sokongan 5G, NFC dan dual stereo speaker.

vivo V40 Lite dijangka akan dibuka untuk pra-tempahan bermula 22 Oktober ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.