Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S24 FE boleh dimiliki pada harga serendah dari RM 2,399 sahaja – ini caranya

Samsung Galaxy S24 FE boleh dimiliki pada harga serendah dari RM 2,399 sahaja - ini caranya 1

Samsung Galaxy S24 FE boleh dimiliki pada harga serendah dari RM 2,399 sahaja - ini caranya 2

Samsung Galaxy S24 FE yang dilancarkan secara rasmi sebentar tadi kini telah dibuka untuk pra-tempahan pada harga dari RM 3,299 namun anda boleh menikmati rebat sehingga RM 900 namun terdapat beberapa syarat yang harus dipenuhi.

Bagi setiap pra-tempahan Galaxy S24 FE , anda akan menerima rebat RM 300 dan tambahan RM 300 lagi jika anda membuat trade-in manakala rebat RM 300 lagi adalah dengan menyertai #AITroop khas untuk Samsung Members (jumlah keseluruhan RM 900).

Samsung Galaxy S24 FE boleh dimiliki pada harga serendah dari RM 2,399 sahaja - ini caranya 3

Ikuti langkah ini untuk menikmati  ganjaran ini:

  1. Mulai 20 September 2024 hingga 3 Oktober 2024, peserta dialu-alukan untuk mendaftar untuk #AItroop melalui pautan yang disediakan di bawah.
  2. Setelah mendaftar, peserta akan layak menerima baucar RM300 untuk pembelian Galaxy S24 FE.
  3. Selain itu, Ahli Samsung yang layak akan turut menerima ganjaran baucar eksklusif dari Isnin dan Jumaat sehingga 28 Oktober 2024.
  4. Untuk menuntut baucar ini, hanya perhatikan peti masuk anda untuk mendapatkan e-mel daripada saluran rasmi Samsung!

Daftar sekarang untuk menjadi #AITroop di https://www.samsung.com/my/offer/galaxy-troop/  dan nikmati ganjaran eksklusif ini hari ini!

Untuk nilai trade-in peranti anda, sila lihat di https://www.samsung.com/my/trade-in/

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.