Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Tab S10 Ultra dan Tab S10+ kini rasmi dengan Galaxy AI dan cip Dimensity 9300+

Samsung Galaxy Tab S10 Ultra dan Tab S10+ kini rasmi dengan Galaxy AI dan cip Dimensity 9300+ 1

Samsung Galaxy Tab S10 Ultra dan Tab S10+ kini rasmi dengan Galaxy AI dan cip Dimensity 9300+ 2

Selain pelancaran Samsung Galaxy S24 FE, Samsung juga mengumumkan tablet terbaru syarikat ini iaitu Galaxy Tab S10 Ultra dan Galaxy Tab S10+.

Samsung Galaxy Tab S10 Ultra dan Tab S10+ kini rasmi dengan Galaxy AI dan cip Dimensity 9300+ 3

Kedua-dua Galaxy Tab S10 Series ini masih memiliki rekaan yang sama seperti generasi sebelum ini dengan profil yang ringan (571g – 723 g) dan nipis (5.4mm-5.6mm) namun Galaxy Tab S10 Ultra hadir paparan yang mempunyai notch manakala Galaxy Tab S10+ tidak mempunyai notch. Chasis tablet ini diperbuat daripada Enhanced Armor Aluminum dan ianya turut memiliki penarafan IP68.

Samsung Galaxy Tab S10 Ultra dan Tab S10+ kini rasmi dengan Galaxy AI dan cip Dimensity 9300+ 4

Bercakap mengenai skrin, Galaxy Tab S10 Ultra akan hadir dengan paparan berukuran 14.6-inci manakala Galaxy Tab S10+ pula akan hadir dengan panel 12.4-inci. Kedua-dua tablet ini menggunakan panel Dynamic AMOLED 2X Anti-Reflection.

Samsung Galaxy Tab S10 Ultra dan Tab S10+ kini rasmi dengan Galaxy AI dan cip Dimensity 9300+ 5

Seterusnya, Galaxy Tab S10 Series ini dikuasakan dengan cip MediaTek Dimensity 9300+, 12GB RAM dan storan dalaman 256GB. Ianya hadir dengan antaramuka OneUI yang membawakan Galaxy AI dan ciri seperti Circle to Search with S Pen serta SPen with AI Magic.

Samsung Galaxy Tab S10 Ultra dan Tab S10+ kini rasmi dengan Galaxy AI dan cip Dimensity 9300+ 6

Beralih kepada kamera, Galaxy Tab S10 Ultra dan Galaxy Tab S10+  memiliki kamera belakang 13MP + 8MP namun pada bahagian hadapan sensor 12MP + 12MP digunakan pada Tab S10 Ultra manakala Tab S10+ pula hadir  dengan satu sensor ultrawide 12MP.

Beralih kepada bateri, Galaxy Tab S10 Ultra hadir dengan bateri 11,200mAh manakala Galaxy Tab S10+ disertakan dengan bateri 10,090mAh. Kedua-dua tablet ini menyokong pengecasan pantas 45W.

Samsung Galaxy Tab S10 Ultra dan Tab S10+ kini rasmi dengan Galaxy AI dan cip Dimensity 9300+ 7

Lain-lain spesifikasi Galaxy Tab S10 Series adalah quad-speaker, S Pen dalam kotak, slot microSD, sokongan WiFi 7 (WiFi 6e pada Tab S10+) dan didatangkan didalam versi 5G dan WiFi.

Samsung Galaxy Tab S10 Ultra dan Tab S10+ kini rasmi dengan Galaxy AI dan cip Dimensity 9300+ 8

Samsung Galaxy Tab S10 Series akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Moonstone Gray dan Platinum Silver pada harga seperti berikut :

  • Galaxy Tab S10 Ultra 5G(12GB l 256GB) – RM 6,649
  • Galaxy Tab S10 Ultra(12GB l 256GB) – RM 5,999
  • Galaxy Tab S10+ 5G  (12GB l 256GB) – RM 5,249
  • Galaxy Tab S10+ 5G (12GB l 256GB) – RM 4,599

Setiap pra-tempahan akan menerima rebat bernilai RM 500 dan Book Cover Keyboard Slim (AI Key) bernilai RM949 secara percuma.

Pra-tempah Samsung Galaxy Tab S10 Series di Samsung Online Store

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.