Infinix ZERO Flip akan tiba di Malaysia pada 1 Oktober ini – RM 2999?
Infinix secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar foldable pertama syarikat ini iaitu Infinix ZERO Flip akan dilancarkan di Malaysia pada 1 Oktober ini.
Infinix ZERO Flip ini memiliki rekaan yang sama seperti Xiaomi Flip terutamanya pada bahagian luar dengan rekaan skrin yang turut meliputi sekeliling kamera. Ianya adalah panel AMOLED berukuran 3.64-inci dengan kadar segar semula 120Hz.
Selain itu, ZERO Flip memiliki skrin paparan utama AMOLED berukuran 6.7-inci dengan kadar segar semula 120Hz, cip kelas pertengahan dari MediaTek iaitu Dimensity 8020, 8GB RAM dan storan dalaman 512GB.
Dari segi kamera pula, Infinix ZERO Flip akan memiliki sensor utama 50MP dengan OIS bersama satu lagi sensor ultrawide 50MP dan kamera selfie juga 50MP.
Telefon pintar Flip ini juga memiliki bateri 4,720mAh dengan pengecasan pantas 70W.
Akhir sekali, Infinix ZERO Flip ini dilaporkan akan ditawarkan pada harga dari RM 2,099 didalam dua pilihan warna iaitu Rock Black dan Blossom Glow.