Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Infinix XPAD 4G akan dilancarkan di Malaysia pada 18 September ini

Infinix XPAD 4G akan dilancarkan di Malaysia pada 18 September ini 1

Infinix XPAD 4G akan dilancarkan di Malaysia pada 18 September ini 2

Infinix secara rasminya telah mengumumkan bahawa tablet pertama syarikat ini akan dilancarkan di Malaysia pada 18 September ini.

Infinix XPAD 4G adalah sebuah tablet kelas midrange dengan skrin paparan LCD berukuran 11.0-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 90Hz. Ianya tampil dengan chasis unibodi keluli yang juga memiliki sensor kamera 8MP dihadapan dan belakang.

Selain itu, Infinix XPAD 4G juga dikuasakan cip Helio G99, 4GB atau 8GB RAM dan storan dalaman 128GB atau 256GB. Ianya juga hadir dengan bantuan suara Folax yang dikuasakan ChatGPT.

Seterusnya, tablet pertama Infinix ini juga memiliki bateri 7,000mAh dengan pengecasan 18W dan 4 pembesar suara.

Infinix XPAD 4G dijangka akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu  blue, Black, dan Gold namun buat masa ini maklumat harga belum diumumkan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.