Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR Magic V3 kini tersedia untuk pembelian – RM 6,999

HONOR Magic V3 kini tersedia untuk pembelian - RM 6,999 1

HONOR Magic V3 kini tersedia untuk pembelian - RM 6,999 2

HONOR Magic V3 kini dijual secara rasmi di kedai di seluruh negara. Telefon boleh lipat baharu dengan ketahanan, bateri, paparan dan pengalaman AI yang dipertingkatkan boleh dimiliki pada harga RM6,999.

Magic V3 ini tersedia dengan storan RAM 12GB dan memori 512GB  dalam tiga warna premium iaitu Mossy Green, Silk Brown, dan Classic Black.

Selain itu, HONOR Magic V3 boleh dibeli di pelbagai platform termasuk Laman Sesawang Rasmi HONOR, outlet HONOR Experience Store, Shopee, Lazada, dan TikTok Shop. Peranti ini juga boleh didapati di pengedar-pengedar sah Harvey Norman, Senheng, SenQ, dan Urban Republic.

HONOR Magic V3 kini tersedia untuk pembelian - RM 6,999 3

Pembeli akan membawa pulang hadiah percuma bernilai RM1,898 dengan setiap pembelian, yang termasuk jaminan Perlindungan Skrin 365 Hari HONOR dan pemegang Pengecas Tanpa Wayar HONOR SuperCharge. Selain itu, pembeli juga boleh menambah lanjutan jaminan setahun pada hanya RM299.

Miliki HONOR Magic V3 dengan Pelan Pascabayar CelcomDigi dan Maxis

Dapatkan  HONOR Magic V3 dari RM113 sebulan, RM0 pendahuluan dan 0% faedah melalui Easy 360 dengan CelcomDigi. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi CelcomDigi.

Image.jpeg

Dapatkan HONOR Magic V3 dengan Zerolution di Maxis Postpaid 109 untuk RM185 sebulan. Ketahui lebih lanjut tentang pelan ini sekarang menerusi laman sesawang rasmi Maxis

Image_1.jpeg

Selain itu, HONOR Magic V3 juga akan tersedia untuk pelan pascabayar U Mobile dan Yes.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.