Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR Acah Pengguna iPhone untuk Mencuba Telefon Boleh Lipat Magic V3

HONOR Acah Pengguna iPhone untuk Mencuba Telefon Boleh Lipat Magic V3 1

HONOR Acah Pengguna iPhone untuk Mencuba Telefon Boleh Lipat Magic V3 2

HONOR Malaysia telah memuatnaik dua video di laman Facebook rasminya mengetengahkan HONOR Magic V3 yang amat nipis, mempunyai ketahanan luar biasa, didatangi ciri-ciri AI generasi baharu serta keupayaan multitugas yang berkuasa. 

HONOR Acah Pengguna iPhone untuk Mencuba Telefon Boleh Lipat Magic V3 3

HONOR Magic V3 mampu bersaing dan melangkaui prestasi model terbaru pencabar terdekat dengan ketebalan hanya 4.35mm semasa dibuka dan 9.2mm apabila dilipat. Dengan berat hanya 226g, peranti boleh lipat ini berjaya mengatasi kebanyakan telefon flagship bar dengan reka bentuknya yang nipis dan ringan.

Ini sekaligus memberikan keyakinan kepada HONOR untuk bersaing secara setara dengan syarikat gergasi  tersebut.

HONOR Acah Pengguna iPhone untuk Mencuba Telefon Boleh Lipat Magic V3 4

Video pertama yang dikeluarkan hari ini menunjukkan seorang pengguna HONOR Magic V3 meyakinkan rakannya yang sedang beratur untuk membeli iPhone terkini untuk bertukar kepada telefon boleh lipat.

Dia menjelaskan kelebihan skrin besar HONOR Magic V3 yang berfungsi seperti komputer riba mini, membolehkan fungsi multitugas menjadi lebih cekap dengan ciri skrin pisah. 

Seorang lagi pengguna iPhone turut tertarik dengan ciri-ciri menarik pada HONOR Magic V3, terutamanya setelah rakannya memberitahu tentang kapasiti ultra besar bateri telefon ini yang mampu bertahan lama dan sangat sesuai untuk bermain permainan mudah alih.

HONOR Acah Pengguna iPhone untuk Mencuba Telefon Boleh Lipat Magic V3 5

HONOR Magic V3 didatangi dengan bateri Karbon Silikon Generasi Ketiga 5,150mAh yang turut menyokong  pengecasan berwayar 66W dan pengecasan tanpa wayar 50W HONOR SuperCharge.

Dalam adegan berikutnya, seorang pelancong menggunakan ciri penterjemahan Face to Face Translation pada HONOR Magic V3 dalam Bahasa Sepanyol untuk bertanyakan arah ke medan selera, seterusnya menarik minat seorang lagi pengguna iPhone. Ciri penterjemahan masa sebenar ini antara keupayaan AI yang terdapat pada HONOR Magic V3, termasuk AI Eraser dan HONOR Notes, semuanya dikuasakan oleh Google Cloud. 

HONOR Magic V3 didatangkan dengan RAM 12GB dan memori 512GB. Telefon boleh lipat ini tersedia dalam tiga warna menarik iaitu Mossy Green, Silk Brown dan Classic Black

Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Magic V3, sila kunjungi laman sesawang rasmi HONOR Malaysia di https://www.honor.com/my/   

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.