Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 13 Pro Series akan dilancarkan di Malaysia pada 19 September ini

realme 13 Pro Series akan dilancarkan di Malaysia pada 19 September ini 1

realme 13 Pro Series akan dilancarkan di Malaysia pada 19 September ini 2

realme secara rasminya telah mengesahkan bahawa realme 13 Pro Series 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 19 September ini.

realme 13 Pro Series 5G ini akan terdiri daripada dua model iaitu realme 13 Pro 5G dan realme 13 Pro+ 5G yang membawakan teknologi canggih dengan reka bentuk yang menarik perhatian, mengukuhkan kedudukanya sebagai telefon pintar pengimejan yang terkemuka kelasnya dengan Ultra Clear Camera with AI.

realme 13 Pro+ merupakan telefon pintar pertama dipasaran untuk hadir dengan sensor utama 50MP (24mm) Sony LYT-701 bersama satu lagi sensor telefoto 50MP Sony LYT-600 yang menawarkan 3x zoom optikal. Kedua-dua sensor ini juga memiliki OIS dan terdapat sensor ultrawide 8MP.

Seterusnya, realme 13 Pro 5G pula memiliki sensor utama 50MP LYT-600 dengan OIS dan sensor ultrawide 8MP.

realme juga membawakan teknologi Hyperimage+ AI Realme menggabungkan optik utama, algoritma pengimejan AI pada peranti dan ciri pengeditan imej AI berasaskan awan seperti Smart Removal, Group Photo Enhancement, dan Audio Zoom.

Beralih kepada spesifikasi lain realme 13 Pro dan realme 13 Pro+ 5G iaitu skrin paparan curved AMOLED berukuran 6.7-inci dengan resolusi FHD+ bersama lapisan gelas Corning Gorilla Glass 7i , cip Snapdragon 7s Gen 2, 8GB atau 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB.

Dalam pada itu, realme 13 Pro Series juga memiliki bateri  5,200 mAh batteries dengan pengecasan 45W SuperVOOC pada realme 13 Pro dan 80W pada realme SuperVOOC 13 Pro+.

Realme 13 Pro ini akan hadir didalam tiga warna iaitu Monet Gold, Monet Purple, dan Emerald Green colors.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.