Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR Magic V3 berjaya diletakkan di atas struktur kad permainan 54-tingkat

HONOR Magic V3 berjaya diletakkan di atas struktur kad permainan 54-tingkat 1

HONOR Magic V3 berjaya diletakkan di atas struktur kad permainan 54-tingkat 2

HONOR Magic V3 telah berjaya diletakkan di atas susunan rumah kad permainan semasa cabaran Guinness World Record, sekaligus menjadi penanda aras yang mendefinisikan ultra-ringan.

Sebagai telefon boleh lipat terkini HONOR yang paling nipis, ringan dan tahan lasak dengan hanya seberat 226g, pencapaian ini menjadikan HONOR Magic V3 mengatasi rekod model sebelum ini.

HONOR Magic V3 berjaya diletakkan di atas struktur kad permainan 54-tingkat 3

Cabaran ini dilakukan dengan kolaborasi bersama Bryan Berg, pemegang rekod Guinness World Record  bagi susunan kad permainan. Berg telah berjaya membina rumah kad permainan setinggi 54 tingkat semasa penstriman langsung di platform YouTube dan X HONOR Global.

Berg telah menghabiskan masa selama lapan jam untuk membina rumah kad permainan tertinggi tanpa menggunakan gam, dan setelah siap, HONOR Magic V3 diletakkan di puncak struktur tersebut.

Struktur yang mudah jatuh ini kekal teguh tanpa pergerakan, membuktikan Magic V3 memiliki rekaan yang ringan dan kejuruteraan inovatif telefon boleh lipat tersebut.

Ujian Ketahanan Sebenar HONOR Magic V3 – ‘Dibasuh’ dalam mesin basuh

Reka bentuk HONOR Magic V3 yang ultra nipis dengan hanya setebal 9.2mm apabila dilipat dan 4.35mm semasa lipatan dibuka, menandakan keanggunan yang tiada seumpamanya.

Untuk menguji ketahanannya, HONOR telah ‘membasuh’ peranti ini dalam mesin basuh selama 15 minit.

Hasil daripada ujian ini menemui HONOR Magic V3 bukan sekadar tahan calar bahkan menunjukkan keupayaan kali air yang menakjubkan, sekaligus mengesahkan kualiti binaannya.

Tonton video tersebut dibawah :

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.