Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Acer Day 2024 kembali untuk tahun ke-8 – tema AI’m Limitless’

Acer Day 2024 kembali untuk tahun ke-8 - tema AI’m Limitless’ 1

Acer Day 2024 kembali untuk tahun ke-8 - tema AI’m Limitless’ 2

Sambutan tahunan Acer Day kembali dengan tema ‘AI’m Limitless’ yang menggalakkan para pengguna untuk menerokai produk-produk terbaru Acer, yang direka untuk mempertingkatkan pengalaman para pengguna dan membuka kunci kepada potensi yang belum diterokai.

Acer Day 2024 kembali untuk tahun ke-8 - tema AI’m Limitless’ 3

Acer Day 2024 bakal menonjolkan produk-produk Acer yang diperbaik oleh AI yang membantu mendorong batasan teknologi dan memupuk idea kreatif dan kebolehan baru di kalangan penggunanya.

AI telah menjadi pengaruh yang penting di dalam kehidupan ramai, mengembangkan pelbagai kreativiti dan imaginasi. Acer mengenali perubahan ini dan berkomitmen untuk menyediakan alat-alat yang diperlukan pelbagai individu untuk menerokai kemungkinan yang tidak terbatas dan menghidupkan idea-idea mereka.

Acer Day 2024 kembali untuk tahun ke-8 - tema AI’m Limitless’ 3

 Para pengguna dijemput untuk melibatkan diri dalam cabaran sosial dan menerokai kemungkinan tanpa batas mereka. Acara ini akan bermula dengan pelepasan video rasmi, didampingi video Misi Duta Acer di saluran sosial Acer.

Di Malaysia,Acer Day 2024 telah bermula dengan jerayawara di ruang legar Plaza Low Yat pada 1 Ogos 2024. Pelbagai aktiviti di tapak, promosi, dan jualan kilat yang menarik akan tersedia untuk penglibatan orang ramai. Acer juga menawarkan hadiah sehingga RM650,000 untuk ditebus oleh para pelanggan, termasuk kredit eWallet Touch ‘n Go sehingga RM300 untuk setiap pembelian produk tertentu.

Penebusan boleh dilakukan melalui www.aredemption.com sehingga 30 September 2024.

Tahun ini, jualan kilat menawarkan potongan harga sehingga 95%, dengan harga bermula dari RM1.99 untuk tetikus berwayar Acer, dan RM3.99 untuk tapak tetikus Vero yang diperbuat dari plastik PCR dan potongan harga sehingga RM3,600 untuk pembersih udara Acerpure Pro P3 dengan penderia CO2. Di masa yang sama, 50 pelanggan pertama yang beratur untuk Jualan Kilat Hari Acer pada 3 Ogos 2024 akan berpeluang untuk membeli sebuah Acerpure Pro P3 bernilai RM 5,599 pada harga RM1 sahaja.

Untuk membawa keriangan dan promosi yang menarik lebih dekat kepada pelbagai pelanggan di seluruh Malaysia, karnival Hari Acer akan diadakan di Kedai Konsep Acer dan penjual rasmi terpilih di seluruh negara. Sila rujuk kepada rujukan di bawah untuk tarikh dan tempat karnival Acer Day 2024.

Acer Day 2024 kembali untuk tahun ke-8 - tema AI’m Limitless’ 5

Untuk para pelanggan yang lebih suka pembelian atas talian, e-Kedai Acer menawarkan potongan harga sehingga RM500, tersedia dengan segera sehingga 30 September 2024. E-Kedai Acer juga akan mengadakan jualan kilat tersendiri, bermula dari 12 am tengah malam setiap Isnin dari 5 Ogos 2024 sehingga 15 September 2024.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.