Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Z Flip6 Edisi Olimpik dilancarkan – akan diberikan kepada 17,000 atlet di Olimpik Paris 2024

Samsung Galaxy Z Flip6 Edisi Olimpik dilancarkan - akan diberikan kepada 17,000 atlet di Olimpik Paris 2024 1

Samsung Galaxy Z Flip6 Edisi Olimpik dilancarkan - akan diberikan kepada 17,000 atlet di Olimpik Paris 2024 2

Samsung secara rasminya telah mengumumkan pelancaran Galaxy Z Flip6 Edisi Olimpik yang direka dan disesuaikan secara eksklusif untuk semua atlet yang bertanding di Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024 yang akan datang.

Samsung Galaxy Z Flip6 Edisi Olimpik meneruskan lebih tiga dekad  legasi Samsung dalam menyediakan teknologi canggih dan inovasi mudah alih bagi menyokong Sukan Olimpik.

Galaxy Z Flip6 Edisi Olimpik baharu bagi Paris 2024 ialah Edisi Olimpik pertama yang menampilkan Galaxy AI. Direka bentuk untuk meningkatkan pengalaman masa permainan para atlet dari saat mereka tiba di Paris, ia juga didatangkan pra-muat dengan suite penuh perkhidmatan eksklusif dan aplikasi berguna.

Samsung Galaxy Z Flip6 Edisi Olimpik dilancarkan - akan diberikan kepada 17,000 atlet di Olimpik Paris 2024 3

Selain itu, ia juga adalah produk pertama terbaharu Samsung disediakan kepada atlet sebelum pelancaran pasaran rasminya. Galaxy Z Flip6 juga akan menjadi tumpuan utama di Sukan Olimpik sebagai Edisi Olimpik pertama yang memainkan peranan penting di podium.

Ia mempunyai reka bentuk kompak dan serba boleh Galaxy Z Flip6 baharu, dalam warna kuning yang menyerlah yang dihiasi dengan cincin Olimpik dan agitos Paralimpik dalam emas.

Samsung juga telah bekerjasama dengan Parisian Men’s Luxury Maison, Berluti, yang mereka pakaian rasmi pasukan Perancis untuk Upacara Pembukaan Paris 2024, bagi rekaan Flipsuit Case eksklusif yang akan disertakan bersama setiap peranti.

Ianya diperbuat daripada kulit Venezia, setiap Sarung Flipsuit mempunyai patina unik yang menampilkan campuran warna terang yang diinspirasikan oleh gelung Olimpik, meraikan semangat Olimpik dan nilai-nilai kecemerlangan dan perpaduan.

Telefon pintar Galaxy Z Flip6 Edisi Olimpik ini akan diberikan kepada hampir 17,000 atlet yang bertanding di Paris 2024

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.