Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Snapdragon 8 Gen 3 for Galaxy mengkuasakan Samsung Galaxy Z Series secara eksklusif

Snapdragon 8 Gen 3 for Galaxy mengkuasakan Samsung Galaxy Z Series secara eksklusif 1

Snapdragon 8 Gen 3 for Galaxy mengkuasakan Samsung Galaxy Z Series secara eksklusif 2

Qualcomm Technologies telah mengumumkan bahawa Platform Mudah Alih Snapdragon8 Gen 3 for Galaxy kini memberi kuasa kepada Samsung Galaxy Z Fold6 dan Galaxy Z Flip6 di seluruh dunia.

Dengan memanfaatkan ciri-ciri dan teknologi terkini dalam Snapdragon 8 Gen 3 for Galaxy, siri baharu Samsung Galaxy Z membawa Galaxy AI ke peranti boleh lipat Samsung untuk memberikan pengalaman komunikasi, produktiviti, dan kreativiti yang belum pernah ada kepada pengguna.

Galaxy AI hadir dengan bentuk ikonik siri Galaxy Z, menyerlahkan penggunaan AI berkuasa yang boleh mengubah cara pengguna berinteraksi dengan peranti boleh lipat mereka setiap hari, terima kasih kepada Snapdragon 8 Gen 3 for Galaxy dan keupayaan AI pada peranti.

Selain itu, cip pemproses premium Qualcomm ini juga menawarkan keupayaan kamera terbaik, pengalaman permainan setanding konsol, dan kesalinghubungan terbaik untuk memberi kuasa kepada pengalaman yang diinginkan pengguna.

Dalam pada itu, kerjasama strategik jangka panjang Samsung dengan Qualcomm Technologies yang kini lebih dua dekad telah membolehkan syarikat gergasi Korea ini berinovasi dan membawa pengalaman mudah alih yang paling premium dan canggih ke tangan pengguna.

Untuk maklumat lanjut mengenai Platform Mudah Alih Snapdragon, lawati www.snapdragon.com

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.