Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Z Flip6

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Z Flip6 1

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Z Flip6 2

Telefon pintar Flip paling popular dipasaran iaitu Galaxy Z Flip6 telah dilancarkan secara rasmi di Samsung Unpacked sebentar tadi dan berikut adalah pandang pertama kami mengenai telefon pintar Flip terbaru Samsung.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Z Flip6 3

Rekaan yang lebih menarik & Nipis

Samsung Galaxy Z Flip6 tampil dengan rekaan yang lebih menyeluruh dan menyegarkan dimana warna peranti akan digunakan pada semua bahagian luaran telefon pintar ini yang termasuk pada gelung kamera dan engsel.

Samsung Galaxy Z Flip6 akan ditawarkan didalam 4 warna iaitu Yellow, Blue, Silver Shadow dan Mint serta beberapa warna eksklusif Samsung.com

Dalam pada itu, Galaxy Z Flip6 juga lebih nipis iaitu 0.2mm lebih nipis apabila ianya dilipat.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Z Flip6 4

Sistem Penyejukan Vapor Chamber Pertama pada Z Flip Series

Samsung Galaxy Z Flip6 menjadi telefon pintar pertama Galaxy Z Flip Series untuk hadir dengan sistem penyejukan Vapor Chamber yang mana ianya adalah 150% lebih besar berbanding Vapor Chamber yang digunakan pada Galaxy S23 Ultra.

Selain itu, Galaxy Z Flip6 juga dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 for Galaxy dengan 12GB RAM dan storan dalaman 256GB atau 512GB.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Z Flip6 5

Penarafan IP48

Samsung Galaxy Z Flip6 menjadi antara telefon pintar pertama Galaxy Z Series untuk hadir dengan penarafan IP48 yang bermaksud telefon pintar ini menawarkan perlindungan daripada habuk dan air. IP48 bermaksud Galaxy Z Flip6 ini tidak 100% kalis habuk akan tetapi ianya terlindung daripada objek (habuk) yang bersaiz 1mm dan lebih daripada memasuki bahagian dalam telefon pintar ini.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Z Flip6 6

Galaxy AI

Samsung Galaxy Z Flip6 juga membawakan ciri Galaxy AI seperti pada Galaxy S24 Series namun dengan penambahbaikan pada ciri-ciri AI yang ditawarkan serta beberapa ciri baharu.

Antara ciri baharu yang ditawarkan pada Galaxy Z Flip6 melalui Galaxy AI adalah Auto Zoom dan Portrait Studio untuk pengalaman fotografi yang lebih memuaskan.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Z Flip6 7

Bateri lebih besar

Samsung Galaxy Z Flip6 kini hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh yang mana ianya lebih besar berbanding Galaxy Z Flip5 namun ianya berjaya dicapai tanpa sebarang peningkatan kepada berat dan ukuran dimensi telefon pintar ini.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Z Flip6 8

Sistem Kamera Lebih Berkuasa

Selepas menggunakan sensor utama 12MP pada beberapa generasi sebelum ini, Galaxy Z Flip6 kini menawarkan sistem kamera yang setaraf telefon pintar flagship dengan pengunaan sensor utama 50MP.

Ini membolehkan Galaxy Z Flip6 mengatasi kekurangan yang sering diperkatakan sebelum ini sekaligus menjadikanya memiliki sistem kamera yang setaraf  peranti flagship Galaxy S24 dan Galaxy S24+.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Z Flip6 9

Penutup

Kesemua ciri Galaxy Z Flip6 yang baharu ini dilihat akan memastikan telefon pintar ini lebih popular dan menjadi pilihan ramai jika mereka ingin membeli telefon pintar boleh lipat jenis Flip.

Samsung Galaxy Z Flip6 kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 4,999

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Z Flip6 10

Nikmati tawaran eksklusif bernilai sehingga RM2,329 apabila anda pra-tempah  Galaxy Z Flip6

• PERCUMA 1 tahun Samsung Care+ bernilai RM829
•  RM500 e-baucar eksklusif untuk membeli aksesori Galaxy terpilih, Galaxy Watch dan Galaxy Buds
• Tukarkan peranti semasa anda dan dapatkan diskaun tambahan RM500
• Tebus ganjaran prapendaftaran anda sehingga RM500 e-baucar
• Nikmati diskaun sehingga 25% apabila anda membeli dengan Galaxy Watch dan Galaxy Buds terpilih
• Promosi PWP – Diskaun 20% untuk Galaxy Watch Ultra

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.