Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Watch7 dilancarkan secara rasmi dengan cip 3nm Exynos W1000

Samsung Galaxy Watch7 dilancarkan secara rasmi dengan cip 3nm Exynos W1000 1

Samsung Galaxy Watch7 Malaysia

Selain Galaxy Watch Ultra, Samsung juga telah memperkenalkan Samsung Galaxy Watch7 yang dtawarkan didalam dua saiz iaitu 40mm dan 44mm

Samsung Galaxy Watch7 dilancarkan secara rasmi dengan cip 3nm Exynos W1000 2

Selain itu, Samsung Galaxy Watch7 juga tampil dengan reka bentuk yang lebih kukuh dan nipis berbanding generasi sebelum ini dan ianya turut dilapisi gelas sapphire crystal dengan pensijilan kalis air 5ATM dan IP68 serta MIL-STD-810H.

Dalam pada itu, juga membawakan ciri Suggested replies, Double Pinch Gestures dan Samsung Wallet.

Samsung Galaxy Watch7 dilancarkan secara rasmi dengan cip 3nm Exynos W1000 3

Samsung Galaxy Watch7 40mm tampil dengan skrin paparan AMOLED berukuran 1.3-inci manakala Watch7 44mm pula tampil dengan skrin bersaiz 1.5-inci. Ianya ini  menyokong paparan always on display dan kecerahan maksima sehingga 2,000nits.

Samsung Galaxy Watch7 dilancarkan secara rasmi dengan cip 3nm Exynos W1000 4

Seterusnya, Galaxy Watch7 ini dikuasakan cip 3nm Exynos W1000 yang sama seperti pada Galaxy Watch Ultra, 2GB RAM, 32GB storan dalaman, sensor optical heart rate, sokongan bacaan ECG, lebih 100+ aktiviti kecergasan dan sensor Bioelectrical Impedance (BIA).

Bercakap mengenai bateri, Samsung Galaxy Watch6 44mm dengan bateri 425mAh manakala Galaxy Watch6 versi 40mm memiliki bateri 300mAh.

Samsung Galaxy Watch7 dilancarkan secara rasmi dengan cip 3nm Exynos W1000 5

Samsung Galaxy Watch7 40mm akan ditawarkan pada  didalam warna Green dan Cream manakala Watch7 44mm akan ditawarkan didalam warna Green dan Silver.

Berikut adalah harga Samsung Galaxy Watch7 di Malaysia :

  • Galaxy Watch7 44mm LTE – RM 1,599
  • Galaxy Watch7 44mm BT – RM 1,299
  • Galaxy Watch7 40mm LTE – RM 1,499
  • Galaxy Watch7 40mm BT – RM 1,199

Pra-tempah Galaxy Watch7 dengan promosi seperti berikut :

Nikmati tawaran eksklusif bernilai sehingga RM378

• Tali Jam Terpilih bernilai sehingga RM229
• Smart Tag2 bernilai sehingga RM149

Rebat segera RM200 apabila anda menukar  Galaxy Watch lama anda

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.